Pages

Tuesday, February 28, 2012

WATER FILTER-AIR OZON

Sebenarnya Kz dah lama berangan2 nak tukar filter kat rumah tu dengan yg baru.Bila dh survey2 berminat lak dengan keluaran Dr Nordin ni-RX water.Selain dari produk keluaran Muslim..ianya ada kelainan sedikit...ada air OZON.Baunya agak hanyir sedikit. Kelebihan nya banyak ,antaranya menghilangkan bau hanyir ikan,menyegarkan sayuran dan buah2an sambil mengeluarkan saki baki racun yg terlekat pd buah,hilangkan bau dalam kereta dll.Baru2 ni adik ipar Kz datang kerumah ,mengadu keretanya masih berbau durian walau sudah beberapa hari dan pelbagai cara digunakan untuk menghilangkannya.Kz cadangkanlah meletakan air ozon ni didalam bekas yg terbuka semalaman.(kz sendiri pun x pernah cuba lagi...setakat merendam ikan siakap tu memang pernahlah...selepas 1jam ikan tu tidak berbau langsung) .Alhamdullilah keesokan harinya tiada lg bau durian...sampai dia bawa balik la air tu keKuantan.
Ni Kz nak tunjuk sawi yg dah beberapa hari Kz beli
Sewaktu baru direndam...
Selepas 10 minit-cantikkan!
Sesiapa yg berminat dgn RX water ni boleh la menghubungi EN SUJARI-0192341663...insyaallah leh dapat harga special..hehe...tolong promo lagi...

TEMPAHAN KEK LAPIS DAN KUIH SEJUK BEKU

Biasa la Cgayah, klu nk siapkan tempahan.....lupa nak ambil gambar,yg terlintas cuma nak siap seperti yg dijanjikan...layan je la gambar kuih yg balance2,,,,hehe,ni je la yg tinggal....muffin ngan cupcake lupa nak ambil...terasa sgt diri dh tua..AHAKS... Antara produk sejuk beku yg Kz buat


Juga nak refresh balik sebahagian KEK LAPIS yg ditempah...JOM LAYANZZ










LAPIS PRUNE(prune bersama perisa jagung,choc,strawberry & pandan)






STRAWBERRY CHOCOLATE(s/berry paste&cadbury choc)

ASAM MANIS(haw flakes& lemon paste)

CHOCOLATE CHEESE(cadbury choc &cream cheese)

Wednesday, February 22, 2012

KEK KAROT


Terasa pulak nak buat kek karot setelah join kelas Pn Zarina tempohari...Ini antara resepi dari koleksi Kz ,dh lupa dari sumber mana, yg dh diubahsuai sikit2...hehe...T/kasih kepada penyumbang resepi...CUBA LAH!

KEK KAROT

BAHAN2NYA
250g butter
1 mangkuk gula perang
5 biji telur gred A
1 3/4 mangkuk tepung roti
2 cawan karot,diparut kasar(karot australia lebih sedap)
1/2 cawan walnut-dipanggang sekejap,dihancurkan
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca besar baking powder
1/2 cawan mix fruit(jika suka)-kz tak letak pun
esen vanilla

CARA2NYA
Pukul butter dan gula,biar kembang,masukan telur sebiji sebiji,esen vanilla,masukan walnut,dan karot,kacau perlahan,masukan tepung( yg diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder) sedikit2.kacau sampai sebati.masukan dalam acuan,bakar 160*c(ikut kesesuaian oven masing2) selama 45min-1 jam.
#bakar 45 min pertama dengan api bawah dulu,kemudian api atas bawah selama 15 min lagi @sehingga masak

CHEESE FROSTING
Bhn2nya
125g cream cheese-pukul dulu sehingga kembang
50g butter
185g gula ising
235g whipping cream

pukul hingga gebu dan licin

BACK TO BASIC CAKE





Pn Zarina dari PG CAKE N CRAFT menghubungi Kz untuk join kelas Back to basic cake anjuran kolej komuniti..Apa lagi Kz on je la, teruja sangat sebab leh belajar benda dan teknik yg baru,dengan yuran yg murah lak tu,sbb separuh dari yuran ditanggung oleh Kolej Komuniti...lepas ni boleh la intai2 kursus2 yg lain pula..walau pun sesetengah kek tu Kz dah belajar..Tak salah kita menambah ilmu yg sedia ada..Sedap sedap kek Pn Zarina ni...

JALAN JALAN

Disebabkan Kz dh janji dgn si kecik tu nk keUniversal Studio tak dapat ditunaikan kerana mak Kz ada kt rumah,kami sekeluarga pergi jugalah keSunway Lagoon...janji jalan....






Tuesday, February 21, 2012

ROTI






fLama dah Kz tak meroti ni...Bila dah buat tak sempat lak nak tengok,mcm Chipsmore la pulak,kejap je hilang....
Resipi?..selain dari Kz guna resepi sendiri,Kz cuba gak resepi2 dr org lain...biasa la mintak tolong dari Pak cik Google...rupanya tidak menghampakan...ini resepi dari SEBERANG..T/kasih pada penyumbang resepi!

ROTI MANIS

BAHAN2NYA;
500g tepung roti(Kz guna 400g tepung roti,100g tepung supersoft)
10g ragi segera
2g bread improver-jika suka
2g bread softener-jika suka
100g gula halus(Kz guna 70g je)
15g susu tepung
50g susu cair(Kz pakai susu UHT-Fullcream)
100g air ais
75g butter(Kz pakai majerin je)
6g garam
1bj telur.gred c

CARA2NYA
Campur semua bahan kering,pukul perlahan guna mata cangkuk,biar sampai sebati.Masukan campuran air ,telur dan susu sedikit2,bila sebati pukul dengan kelajuan sederhana selama 10 minit,tambahkan mentega,pukul lagi 10 minit atau sehingga tidak melekat dimangkuk adunan.
Rehatkan adunan 45 minit.Tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin.
Timbang adunan,30-40g ikut kesukaan.Bulatkan,rehat lagi 10 minit.leperkan ,isi inti,bentuk ikut suka.

Inti

1-Kacang merah-boleh dapat kat kedai bakeri
2-Choc-masak 250g cookingchoc,campur 50ml susu segar yg dipanaskan,kacau,masuk 25g butter,biar sejuk .
3-kelapa-buat inti seperti inti ketayap@campur kelapa kering dgn mentega cair dan gula halus ikut manis
4-sardin-cam buat sandwish
5-tuna-campur tuna yg dihancurkan dengan mayonis dan bawang besar putih yg dimayang
6-cream cheese-pukul cream cheese dan gula icing-ikut manis
7-inti kentang-seperti inti karipap
8-Nugget, goreng dahulu.gaul dengan cheddar cheese
DLL-hentam je apa yg terasa nak letak...Hehe
SELAMAT MENCUBA

CELOTEH

Sudah lama Kz tak berN3 ni.Semenjak dua menjak jd malas la sikit...bukannya kalut sangat pun.....
Mulanya sibuk ngan tempahan kek lapis utk raya haji...kemudian jaga mak Kz yg kurang sihat....
ADUHAI..bercerita pasal mak Kz ni..sakitnya bukan la teruk sangat pun...patah sikit je kat pergelangan tangan..tapi meragamnya lebih2 la pulak.Sesekali terasa lucu gak..Apa taknya,semua petua orang nak dibuatnya,kalau buat betul2 tak la kisah sangat..tapi yang cuba sekali je,lepas tu tak mau dah..tak berkesan katanya..sebab bengkaknya tak surut2.Macammana nak surut.kalau pantang larang tak mau ikut!.Semua nasihat Doktor dan Pakar perubatan tradisional tak mau dipakainya....dia saja yg betul...LEBIH BIJAK pada yg pakar..HAHA..pening sungguh!
Itu belum masuk bab makan lagi..apa yg tak boleh makan nak makan...Makan lak, nak waktu tu gak,dok sebut2 selagi tak dapat....pelik sungguh...kalah budak2...boleh naik darah tinggi Pakcik Kasim....
Dalam dok kalut2 tu pun sempat gak Cik Gayah layan kelas anjuran PGCAKE N CRAFT...t/kasih Pn Zarina kerana tak lokek ilmu...

Jom kita lihat hasilnya