Pages

Tuesday, September 25, 2012

KUAH ROJAK

Dh lama kz buat kuah rojak ni..cuma x sempat nak post..selepas jamuan ari tu..ada sengkuang dan timun yg masih berbaki...maka pcik kasim pn saran la buat kuah rojak ni utk dibawa kat ofis....good idea!
ni bahan2 dia

KUAH ROJAK

BAHAN2NYA
30 tangkai cili kering-goreng tanpa minyak(kz goreng lam minyak je,nak cepat)
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan gula putih
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan otak udang
2 camb cuka makan(kz guna cuka epal)
1 camt garam
1/2 cawan kacang tanah-digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar(kz goreng je lam minyak)
1/4 caw bijan-disangrai

CARA2
Campurkan semua bahan kecuali kacang tanah dan bijan.Masak selama 1 jam  @ sehingga pekat  dengan menggunakan api perlahan.Bila agak pekat masukan kacang tanah dan bijan,kacau  dan biarkan 1-2 min, tutup api.
p/s. jika garam belacan tambahkan 2in belacan,dihancurkan dan digoreng tanpa minyak terlebih dahulu baru dimasukan bersama bahan lain
kuah rojak ni tahan lama jika disimpan didalam peti sejuk
CUBALAH...MUDAH BUKAN!..






Friday, September 21, 2012

ALA..SEGAN NYA!

Sewaktu jamuan hari raya kat umah baru2 ni...yg banyak gak member2 yg terlupa nak jemput tu..ramai gak yg bertanya camna nak buat nuget goreng berlada yg dimakan bersama nasi goreng tu..ada yg dh makan..tak tahu benda apa yg dimakan,tak tahulah apa yg dirasa..diorang cakap lain rasa dia...Malu la cgayah..padahal resepi tu timbul setelah rakyat2 cgayah tak mau makan nuget yg digoreng..dh tak ingat jenama apa..dh lama.Tak kan nak dibuang..membazir namanya..Kalau tak x kan rakyat2 cgayah memberi gelaran juara recycle..hehe...licin lak diorang makan..mungkin rasa pedas2 manis kot,nak kata sedap sangat tak adalah..
Ada gak yg tanya resepi2 hidangan lain..Cgayah biasa la main taram je,janji masak..apa2 pun layan la permintaan diorang tu..tak baik tau menghampakan niat ikhlas orang!

NASI GORENG PUTIH(nak kata nasi goreng cina takut lari rasa dia)
untuk hidangan 4 orang

3 cawan nasi
5 ulas bawang putih-ditumbuk
1 camb lada putih serbuk
1 camb maggi seasoning @ sos perisa makanan
1 camb sos tiram
1 camb(bumbun) serbuk secukup rasa(kz pakai jenama knor)
7-8 ekor udang sedang
sedikit isi ayam-dipotong nipis,(ari tu kz x letak pun)
2 biji telur
4 camb mix-vege
1 keping fish cake

1 senduk minyak(kz guna minyak canola coz wangi sikit)
daun sup,daun bawang

Cara2nya
Panaskan minyak,goreng udang separuh masak,fish cake,ketepikan .Menggunakan minyak yg sama,tumis bawang putih,biar wangi,masukan ayam,goreng separuh masak,tambahkan lada sulah,sos tiram,maggi seasoning,.masukan 2 camb air,biar pecah minyak sekejap.Masukan  mix-vege,udang,fish cake,nasi ,serbuk secukup rasa.Kacau rata.Kosongkan ditengah,pecahkan telur.kacau lagi,rasa masinnya,kalau kurang baru tambahkan sedikit garam(selalunya kz tak letak sebab sos2 diatas cukup memberi rasa masin).Masukan daun bawang dan daun sup.Angkat



ANEKA NUGGET  GORENG BERLADA ALA THAI
untuk hidangan 4 orang

10 keping nugget-goreng dan potong memanjang
1 keping quick burger(ayamas),goreng dan potong
5-6 keping jejari ayam,digoreng dan dipotong 3
1 mangkuk jejari kentang,digoreng
5-6 ketul bebola ketam,digoreng dan potong 2
4 ulas bawang putih,dicincang halus
2 camb cili kering @ cili merah, mesin
1 camt maggi seasoning@ kicap perisa makanan
5 camb sos cili thai(kz guna jenama life)
garam dan gula
sedikit bijan.digoreng tanpa minyak
1 senduk kecil minyak
segenggam ikan bilis-digoreng garing

CARA2
Panaskan minyak,tumis bawang putih.Bila agak garing masukan cili,sedikit air.perlahankan api,biar pecah minyak baru masukan maggi seasoning,sos cili thai,garam dan gula.tambahkan sedikit air,biar agak pekat,perlahankan api,masukan kesemua benda yg digoreng tadi,tabur bijan.kacau dan angkat.Tabur ikan bilis.




KUAH PASEMBOR KODIANG(ala-ala je..tak la jd sangat pun)

BAHAN2
15 biji cili kering,digoreng tanpa minyak(kz goreng guna minyak je..nak cepat)
1 mangkuk kacang tanah,digoreng tanpa minyak(ini pun kz goreng  guna minyak)
1/4 cawan gula-di hanguskan,tambah 1 cawan air panas,dibuat karamel
1 ketul ubi keledek sedang,rebus dan mesin dengan 1 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan gula putih-tambahan jika kurang manis
2 camb udang kering,digoreng tanpa minyak,dimesin halus
1 senduk sos cili
1 senduk kecil air asam jawa
4 cawan air rebusan ketam dan udang(tambahan air rebusan daging,jika suka,ari tu kz tak letak pun
garam

CARA2
Didalam bekas,masukan semua bahan kecuali air rebusan.Panaskan minyak,masukan bahan yg dicampur tadi,biar mendidih baru masukan air rebusan tadi.Masak selama 1 jam dengan api sederhana @ hingga agak pekat.Angkat dan hidang bersama bahan2  dibawah.


BAHAN2 UNTUK PASEMBUR
Ketam yg kecil,sotong(yg direbus tadi),celup tepung,digoreng garing,dipotong 4(ari tu kz x sempat nak buat)
daging rebus,dipotong nipis
tahu goreng-dipotong
cucur udang(campuran sama banyak tepung ubi ,beras dan gandum,sedikit air kapur,baking powder dan yeast dan udang,diperap 1 jam,baru digoreng).jika cucur yg keras bancuhan agak pekat dan tambahan sedikit tepung pulut.
tauge-dicelur sekejap
timun-dipotong kasar,memanjang
sengkuang-dipotong kasar,memanjang
telur rebus
cili hijau-jika suka

CARA2

Sediakan bahan2,letak kuah dan hidangkan



MEE REBUS
kz dah masukan di N3 yg lepas



PUDING ROTI

BAHAN2

1 buku roti putih,kalau roti kismis lagi sedap-carik2kan
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
5 biji telur
1/2 camt esen vanilla
kismis
badam cincang
ceri merah dan hijau
sedikit butter dicairkan

CARA2
Siapkan bekas,sapu butter(bekas kaca tahan panas lagi  mudah),susun roti, ketepikan.Blender telur,susu cair,esen vanilla dan gula.tuang kedalam bekas tadi,Tekan perlahan,untuk cecair menyerap pada keseluruhan roti.Tabur kismis,badam dan ceri.Tuang butter supaya rata pada semua adunan.Bakar dengan suhu 150*c selama 45 min-1 jam dengan api atas bawah

ok..selamat mencuba










Friday, September 14, 2012

SALAM AIDIL FITRI

Salam aidil fitri untuk semua..kalau sebelum raya sibuk dengan tempahan ..lepas raya pun agak bz gak..yg tak boleh nak terima tu...buat biskut pun lepas raya...tak pe la,janji ada,w/pun tak ikut spec..main hentam je..hehe..Sambil menyiapkan tempahan kek lapis n kek biasa untuk rumah terbuka...sempat gak kz menjemput kawan2 kerumah terbuka sendiri..Kepada yg x dijemput,maaf la..sal buat dalam kelam kabut..banyak kenalan yg tak sempat nk ingat..insyaallah..nnt kena siap senarai..
Apa2 pun terima kasih kepada yg membantu kz melariskan jualan kek lapis pada tahun ni...Alhamdullillah keatas apa yg diberikan ALLAH..rezeki yg bertambah...syukur sangat2!

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Layan je jamuan kat umah...ada yg mintak resepi..jap ek..



  




Dan sebahagian kek yg ditempah...