Pages

Friday, August 5, 2011

ALAHAI KEK LAPIS

Lagi beberapa hari lagi Syawal akan melabuhkan tirainya...terasa macam baru sangat Kz bertungkus lumus menyiapkan tempahan utk hari raya tu.
Teringat lagi betapa kelamkabutnya Kz menyiapkannya,cuba sedaya upaya memenuhi permintaan pelanggan....memastikan pelanggan dapat menerima pada tarikh yg telah dijanjikan.Alhamdullilah semua berjalan dgn lancar.Walaupun begitu ada juga dikalangan pelanggan yg kurang berpuas hati kerana tempahan mereka Kz tak dapat tunaikan...ada yg nak menambah tempahan dan ramai juga yg menempah selepas tarikh tutup!!...maaf sesangat...
Kz juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada yg banyak membantu memasarkan kek lapis Kz,my sis,Fizah,anak buah..Naela,Syakir,Aten n Zainab,kwn2...Ana,Maheran,Ton,Aza,Farah dan Ita serta member2 Ita yg Kz tak ingat nama mereka. Tak lupa juga pada pelanggan2 setia Kz....Tanpa kalian Kz tak mungkin dapat memasarkannya sebanyak ini....Terima kasih bnyk..hanya Allah dapat membalas jasa kalian..
Untuk makluman,Kz akan menambah lagi beberapa perisa..antaranya LAPIS ALMOND N DATES,CHIPS N NUTS dan FRUIT N NUTS...Insyaallah dalam masa terdekat ini.

SELAMAT HARI RAYA,MAAF SEKIRANYA TERKASAR BAHASA DAN ADA APA2 YG MENYINGGUNG PERASAAN KALIAN..

Tuesday, August 2, 2011

AYAM MADU


Beberapa hari yg lepas Kz masak ayam madu ni..cuma tak berkesempatan nak N3 kat sini.
Anak2 Kz suka masakan ni.sedap juga dimakan bersama nasi tomato..Nanti bila Kz buat nasi tomato simple ..Kz bg resepi sekali.
Ni resepi ayam madu tu

RESEPI
4-5 ketul ayam-dibersihkan,letak garam .kunyit dan sedikit rempah kari dan digoreng separuh masak.

BAHAN TUMIS
5 ulas bawang putih-dimayang
3 ulas bawang merah-dimayang
1 labu bawang besar-dimesin
1 in halia- dimayang

BAHAN - BAHAN LAIN
2 camb cili kisar
2 camb sos cili
1 camb sos tomato
1 camb sos tiram
1 bj buah tomato,dicincang
2 camb gula
1 camb gula merah
3 camb madu
6 bj buah kurma-buang biji
1 batang kulit kayu manis
3 bj buah pelaga
4 camb minyak-utk menumis

CARA-CARANYA
  1. tumis bawang merah,putih,halia sampai naik bau.
  2. Masukan bawang besar yg dimesin, biarkan garing sedikit. Masukan cili,buah tomato dan sedikit air,kacau sampai pecah minyak. Masukan cili sos tomato sos dan sos tiram. Kemudian masukan kurma.
  3. Letak 1/2 cawan air, masukan ayam,tutup kuali, biar sampai mendidih. Letakkan kulit kayu manis,buah pelaga,gula.garam dan madu.
  4. Kecilkan api,biar sampai pecah minyak. Angkat. taburkan sedikit daun ketumbar . Hidangkan.