Pages

Thursday, December 19, 2013

KEK CHOC BRUNEI





Tak habis2 cgayah dengan masakan dari brunei..hehe..bukannya apa..kuih muih dari negara minyak ni blh tahan sedapnya,kadang2 dibawa kesemenanjung ni,selalunya akan jd deboom..tgk je biskut suji brunei,kek cheese meleleh..semua nya asal dari sana
Biasa la,resepi ni cgayah cedok gak dari blog orang sana,tapi cgayah ada la ubah sikit2..not bad.
Silakan...
BAHAN2NYA
250 g butter,seeloknya butter cam tong itew..cgayag suka suki taram buttercup je
1 camb susu tepung -ni cgayah tambah..sal cgayah pakai butter cap baldi je..hehe..bukannya butter pun
5 biji telur
3/4 tin susu pekat
50 g horlicks
50g serbuk koko
180g tepung naik sendiri
100g kaya
1 camb paste choc
1 camt mocca paste
1 camt esen vanilla
1/2 cawan air panas

CARA2NYA
1-Pukul butter dgn susu hingga kembang.ketepikan
2-Dalam bekas lain,pukul telur sampai gebu-ketepikan
3-Satukan tepung,serbuk koko dan horlicks
4-Masukan dalam bekas berisi butter.
5-Kacau,masukan kaya,kacau perlahan
6-Masukan adunan telur sedikit demi sedikit sampai sebati
7-Tuang kedalam acuan yg dialas kertas baking-ingat,tak perlu disapu butter @ minyak
8-Kukus selama 30-45 min@ sehingga masak
9-Sejukan dan boleh dituang choc ganache dan taburkan kekacang dan cheese parut

RESEPI CHOC GANACHE
200g choc compound
1/2 cawan susu,dipanaskan
50g butter
CARA2NYA
panaskan choc guna double boiler,tutup api,masukan susu sambil dikacau guna whisk,masukan butter,kacau dan angkat.Siram keatas kek





FISH N CHIPS

Tak sempat cgayah nak buatkan dengan coselaw n sos tartar bagai,sbb nak makan malam je..lain kali nak buat banyak2 sos tu n simpan..sesuai dengan orangyg malas cam cgayah..
RESEPI DIA-Tepung ada 2 cara
BAHAN2NYA
1 paket ikat dory-cgayah beli jenama GIANT je..sebab dia juicy n manis...sedap dibanding dengan jenama lain
sedikit garam
ajinomoto
lada sulah
Gaul dan ketepikan
A-ADUNAN TEPUNG
1 paket tepung-jenama gogi
1 camt serbuk lada sulah
1 camt serbuk cili
1/2 camt serbuk kari
1/2 camt serbuk secukup rasa knorr
1/2 camt garam masala-blh didapati dikedai menjual rempah
gula
ajinomoto-jika suka
B-2 biji telur..pukul
C-serbuk roti...kuning dan putih

CARA2NYA
Gaul ikan didalam bahan A,kemudian celup dalam B,baru golekkan dalam C.Atur dalam bekas yg dialas plastik,buat sampai habis.Masukkan dalam freezer sekurang2 1 jam
Goreng dalam minyak yg panas dengan api yang kuat selama 3min,lepas itu perlahankan sedikit api seperti biasa..goreng hingga kekuningan dan nampak garing.Angkat dan toskan.

SOS TARTAR
1/2 labu bawang bombay,dicincang halus
1 biji telur rebus,yg kuning sahaja-dicincang
1 biji jeruk gherkin-ada dijual disupermarket-dicincang
1 bj jeru carpers-dicincang
daun parsley-dicincang
mayonis
Gaul semua
p/s,pakai sos thousand island pn blh..campur dgn bwg,telur n daun parsley segar..







CEKODOK DURIAN

Waa..durian yg difrozenkan banyak lagi stock tu..hari tu stop makan jap sebab cekonet cgayah pantang..ni dah ok..mula lah cgayah korek balik,..pcik kasim kecoh nak beli je bila lalu tepi orang jual durian..cgayah pulak x semena2 jadi baik..astaghfar bnyak2 pcik kasim oii..yg 1 bekas kat rumah tu sapa la nak telan..xkan nak pindah..nak angkut sekali kot..Tu pon cgayah dh bagi2..separuh buat lempuk,separuh bawa balik kg,separuh lagi bagi kt adik cgayah yg comel itew..syok x terkira dia..boleh 3 x buat makan.kata dia...klu x 3 bekas yg besar2 berkampung lam chest freezer tu..lawak cgayah n pckasim..waktu borong x hengat..
Lama x buat cekodok ni rasa sedap la pulak..makin BAABB2  la cgayah..asyik sapu manis n berlemak je..huhu
Nak buat dia senang je..rasanya semua terer nak buat..Apa2 pun kita tengok la..versi cgayah lak..
BAHAN2
2 cawan tepung
1/2 cawan isi durian..hari tu cgayah taram sampai 1 cawan..maklum..kiranya mewah durian itew..
1/4 cawan gula
1 paket santan serbuk-boleh ditukar guna santan pekat 1/2 cawan.cgayah suka guna santan serbuk sbb bau dia wangi n kuih jadi ala2 cekodok adabi gituuu.
garam
1 cawan air suam.klu guna santan kurangkan jadi 1/2 cawan

CARA2NYA
Satukan semua bahan,masukan air sedikit demi sedikit dan adun perlahan gaya menguli..ini membuatkan adunan tadi akan mengeluarkan bebola kecil,jadi cantik bulat bila menggoreng dan lembut rasanya.
Adunan sampai gula rasa hancur.Perap sekurang2nya 3 jam,baru menggoreng..
Sedap tau panas2..ganding dengan teh  O panas..


KOSUI BRUNEI

Sorry2..gambar ni nampak blur sikit,cgayah x perasan...insyaallah klu cgayah buat lain kali ,cgayah tukar gambar ye.
Ni, stok2 x sabar nak kongsi resepi,resepi ni cgayah sekodeng dari blog orang brunei,terima kasih n mintak halalkan ye kepada penyumbang resepi..rasanya sangat sedap..lembut dantidak terlalu liat,,Khas untuk sahabat cgayah itew..blh la guna resepi ni untuk jualan..moga dimurahkan rezeki..
BAHAN2NYA
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 camb tepung pulut
2 cwn gula merah-cgayah guna 1 1/2 cawan je
1 cawan gula-cgayah guna 3/4 cawan je
6 cawan air,-lebihkan sedikit air klu nampak berketul ketika megacau diatas api
sedikit air kapur
CARA2NYA
Kacau adunan diatas api sederhana hingga agak2 pekat.Curahkan adunan kedalam loyang,kukus hingga masak..anggaran 15-20 min


DONUT GEBUSS

Cgayah rasa sedikit sedih bila kadang2 terbeli kuih donut ni...aduhai,tersangat la keras ..kadang2 liat pulak tu..akhirnya buang begitu saja..nak buat camne,,cekonet cgayah x nak makan..kadang2 terlintas dihati nak pergi kasi je resepi yg sebetulnya..tapi,manusia ni bukan semua bersikap positif..kadang2 ego terlebih sikit...cgayah tak pandai pun,cuma cgayah suka mengambil petua2 daripada orang yg lebih berpengalaman dari kita dan suka mencuba..jadi ke x belakang cerita..hehe.cuma satu yg harus kita beringat...jangan sesekali kita terjah nak minta resepi dengan seseorang..bukan semua dengan rela hati memberi percuma je..maklumlah zaman la ni semua berbayar..mungkin resepi tu hasil dia belajar dengan mengeluarkan modal...Teringat anak buah cgayah..dia post roti yg dibuat utk jualan..mmg gebusss..berduyun org comment mintak resepi...aduhai..fikir la sikit,orang tu buat untuk jualan,dah tentu dia belajar menggunakan modal untuk mendapat roti secantik itu..manusia oh manusia...semua nak free..Apa kata kita mulakan dengan memujinya..cantik @ sedap makanan ni..kat mana belajar?..klu dia bagitau itu hasil ciptaan sendiri..blh la kita berkata..boleh kita belajar..x kisah caj berapa pun..jika dia berkata ikhlas je memberi..terimalah ia dengan penuh rasa syukur..berterimakasih lah,berdoalah yg baik2 untuknya dan jangan lupa mintak halalkan ilmu yg diberi....
Yuk,jom kita cuba resepi donut ni lak..
BAHAN2
500g tepung gandum-lagi cantik klu menggunakan 450g tepung gandum dicampur dgn 50 g tepung roti
20g yeast segera-ini juga petua untuk tidak perlu menggunakan sebarang pelembut...selalu orang gunakan dlm 10g saja..mana2 kuih yg menggunakan yeast,jgn takut untuk menggandakan sukatan dan tak perlu lagi mengambil improver n softener
2 camb serbuk kentang @1 biji kentang yg kecil..direbus dan dilecek;serbuk kentang boleh didapati dikedai bakeri
4 camb susu pekat
1 3/4 cawan air suam-mengikut kesesuaian tepung..kadang2 perlu tambah sedikit lagi air
1 biji kuning telur
2 camb gula halus
1 camt baking powder
5 camb majerin-dicairkan
secubit garam

CARANYA
Masukan air didalam satu bekas,masukan susu,gula,kacau,masukan yeast,biar sekejap.Bila nampak yeast naik,kacau ,masukan telur,majerin cair,kacau.Masukan kedalam tepung,sedikit2, sampai jadi doh.Seharusnya doh agak lembut sedikit.Jika nampak sedikit keras, tambahkan sedikit,uli sampai  ia melekat sikit2 ditangan..Itu menunjukan doh tu sangat cantik.
Taburkan sedikit tepung didalam bekas besar,masukan doh,taburkan sedikit tepung,tutup,biarkan selama 1/2 jam.Tumbukan adunan,taburkan sedikit tepung,canai dan terap guna acuan,letakan kuih diatas dulang yg dilapik plastik dan ditaburkan sedikit tepung,biar selama 15 min.seeloknya diletak didalam oven @didalam bekas yg bertutup.
Panaskan minyak,seeloknya biar kuih sedikit tenggelam,biar ia naik,sambil disimbah minyak,menggunakan senduk.ini mempercepatkan proses naik dan menjadi licin n cantik.Angkat bila nampak kekuningan
P/S..proses dari memerap hingga mencanai menggunakan banyak tepung untuk ditabur..sebab tu la adunan WAJIB sedikit lembut dan melekat ditangan..klu buat aduan dah sedia licin..ini lah penyebab mengundang donat jadi keras n boleh baling dinding...ini petua orang yg berpengalaman la..bukan petua cgayah..cgayah cuma menyampaikan...
Semoga memberi manafaat ..insyaallah

Friday, November 15, 2013

KEK TAPAK KUDA

Alhamdullilah,jadi gak cgayah buat kek yang agak fofular ni..bila siap je ..x sabar2 nak rasa....aaahhh..speechless..sedap
Mai kita kongsi resepi dia..yg dalam gambar ni cgayah buat lebihan adunan kek lapis..not bad..
Adunan  yg betul pun cgayah dok buat..cuma lupa nak ambil gambar..lupa lak..
Layan je resepi dia..

BAHAN2NYA
3 biji kuning telur
2 biji putih telur
1/2 camt baking powder
100g gula castor
55 g tepung softasilk
1 camt esen vanilla
1/2 camb choc emulco
70g  butter cair
1/4 camt ovallete
1 camt serbuk koko

CARA2NYA
1-Panaskan oven selama 15 min,suhu 180*c,api atas bawah
2-Satukan semua kecuali serbuk koko dan choc emulco.Pukul perlahan sehingga sebati.Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga gebu.
3-Ambil 4 camb adunan,masukan serbuk koko dan choc emulco.Ketepikan
4-Lengserkan acuan 9x9 in yg dialas kertas minyak.
5-Masukan adunan choc.ratakan
6-Ambil adunan putih,masukan didalam  piping bag,potong dihujung,buat jaluran rapat diatas adunan choc.
7-Ratakan  perlahan dengan menggunakan belakang sudu sehingga rata
8-Bakar 15 min @ sehingga perang
9-Sejukan.Terbalikan.Sapu nuttella hingga rata
10-Lipat dua perlahan2,berhati2, jangan sampai patah.
11-Balut dengan plastik wrap,simpan didalam peti sejuk sebelum dipotong



Thursday, November 14, 2013

NASI DAGANG

Lama sangat rasanya cgayah tak buat nasi dagang ni..Hari tu dalam perjalanan balik dari Terengganu,singgah dekat Bukit Bunga tu,beli la beras ni..
Meh kita tengok resepi dia..ni kira versi cgayah la

BAHAN2NYA
UNTUK NASI
1/2 kg beras nasi dagang..rendam semalaman
1 1/2 cawan santan
1 cm halia-dihiris halus
Halba
5 ulas bawang merah-dimayang halus

CARA2NYA
1-Kukus beras selama 1/2 jam @separuh masak
2-Alihkan kedalam bekas lain,masukan halia,bawang,halba dan santan
3-Masukan balik kedalam kukusan,kukus semula selama 15 min @ hingga masak.percikan sedikit air kalau sekiranya masih keras @ belum masak.

UNTUK GULAI
1 ekor ikan tenggiri yang sedang-potong
1 paket rempah nasi dagang
1 cm lengkuas-ketuk
5 ulas bawang merah-tumbuk kasar
1/2 cm halia.ketuk
3 mangkuk santan,diambil dari sebiji kelapa
1/2 camt lada hitam-ditumbuk halus
2 camb cili giling
2 cm kunyit,ditumbuk halus
garam dan gula
cili merah dan cili hijau.potong 4
asam keping,2 keping

CARA2NYA
1-Masukan santan dan semua bahan diatas kecuali ikan.Masak dengan api yg perlahan sehingga pecah minyak.
2-Masukan ikan dan asam keping,biar lagidalam 7-10 min
3-Masukan cili potong,kacau dan angkat

UNTUK SAMBAL KELAPA
3-4 ekor ikan sardin,direbus@ kukus
1/2 biji kelapa parut,disangrai sehingga agak keperangan
2 batang serai,dihiris halus
5 ulas bawang merah-dimayang halus
1/2 cm lengkuas,ditumbuk halus
1/2 cm halia,ditumbuk halus
1 camt lada hitam,ditumbuk halus
garam dan gula

CARA2NYA
1-Asingkan isi ikan dari tulang
2-Tumbuk bersama kelapa,bawang,lengkuas,halia dan serai dan lada hitam
3-Perisakan dengan gula dan garam

HIDANGAN SAMPINGAN
Jelatah,