Beberapa hari lepas Kz cuba buat WOOPIE PIE ni.Rasanya diantara kek dan biskut...In between gitu!..Diluar rasa rangup seperti biskut,didalam rasa lembut cam kek...Walaupun kali ni Kz cuma menggunakan filling buttercream dicampur serbuk hazelnut je,mm, rasanya ok gak...Boleh dibuat doorgift ni...ada kelainan sikit kan.
Ni RESEPINYA
WOOPIE PIE
BAHAN2
125g butter
200g brown sugar
1 biji telur gred A
1 camt vanilla
280 g tepung gandum
40 g serbuk koko
1 1/4 camt baking soda
1/2 camt garam
250g buttermilk/yogurt perisa asli
CARA2
1-Panaskan oven 180* c
2-Gariskan bulatan diatas parchment paper
3-Ayak tepung bersama baking soda dan serbuk koko
4-Dalam bekas lain ,pukul butter dan gula sehingga kembang
5-Masukan telur dan vanilla ,pukul hingga sebati
6-Masukan tepung berselang seli dengan yogurt.
7-Pukul sebati
8-Masukan dalam piping bag,potong hujung,picitkan atas bulatan yg dibuat diatas diatas kertas tadi.
9-Bakar 15 min,Sejukan 5 min baru dialihkan keatas rak
NOTA
Filling boleh digantikan dengan butter cream dan whiping cream pelbagai perisa,peanut butter(campurkan sama banyak adunan peanut butter,butter& gula icing),ganache dll
BAHAN2 UNTUK FILLING
250g marshmallow fluff(boleh digantikan dengan cream cheese)
125g butter
200g icing sugar
1 camt esen vanilla
2 camb susu cair
CARA2NYA.
Pukul semua sehingga gebu.