Teruja sungguh Cgayah tengok...tapi rasanya tak mampu nak buat pada masa sekarang ni...dimasa depan tak tau lagi la...mana tau diberi Allah anugerah ini...Insyaallah....jom kita cuci mata
Friday, April 27, 2012
MEE KUAH
Semalam ada orang nak datang umah...biasa la Cgayah...masak la mee kuah...tak tahu la kategori mana mee ni...yg penting masak...hehe..
Kalau ada sesiapa nak mencuba...ni resepinya...rasanya?..boleh la sekadar nak mengalas perut..
MEE KUAH
1 kg mee-dicelur
1 ketul rangka ayam(rangka ayam ni diambil dari 1ekor ayam)-direbus dan diambil airnya
isi ayam-dipotong
8-10 ekor udang yg sedang
3-4 ekor sotong
1 senduk udang kering-ditumbuk kasar
BAHAN UNTUK KUAH
1 senduk cili kisar
8 ulas bawang putih-ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah-ditumbuk kasar
2 senduk kacang dal-direbus sampai empuk-dimesin halus
fish ball, fish kek-dipotong
1 senduk minyak
1 senduk cili sos
2 camb tomato sos @ 2camb air asam jawa
2 camb kicap pekat
1 ketul kiub daging @ayam
2 biji tomato-dipotong
1 senduk kacang tanah-digoreng dalam minyak(nak lebih cepat),ditumbuk kasar
garam dan gula
daun sup dan bawang-dipotong
BAHAN HIASAN
sawi-dipotong dan dicelur
kobis/taugeh-dipotong dan dicelur
cili merah-dipotong halus
bawang goreng
limau kasturi/limau nipis
telur rebus
daun sup/daun bawang-dipotong
CARA2NYA
UNTUK KUAH
Tumis bawang putih sampai naik bau,masukan bawang merah,biar sampai agak garing,masukan udang kering, cili,biar sampai pecah minyak,masukan garam dan gul,kacau sekejap,masukan air rebusan tulang ayam, ayam,cili sos,sos tomato,kicap,kiub daging,kacang dal.Tunggu sampai mendidih dan agak sedikit pekat,masukan udang ,sotong serta tomato,kacau sekejap,masukan kacang tanah.Tutup api,masukan daun sup dan bawang
PENYEDIAANNYA
MACAM BIASA...ambil mee,letakan bahan hiasan,letak kuah DANN.. NGAP...
Kalau ada sesiapa nak mencuba...ni resepinya...rasanya?..boleh la sekadar nak mengalas perut..
MEE KUAH
1 kg mee-dicelur
1 ketul rangka ayam(rangka ayam ni diambil dari 1ekor ayam)-direbus dan diambil airnya
isi ayam-dipotong
8-10 ekor udang yg sedang
3-4 ekor sotong
1 senduk udang kering-ditumbuk kasar
BAHAN UNTUK KUAH
1 senduk cili kisar
8 ulas bawang putih-ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah-ditumbuk kasar
2 senduk kacang dal-direbus sampai empuk-dimesin halus
fish ball, fish kek-dipotong
1 senduk minyak
1 senduk cili sos
2 camb tomato sos @ 2camb air asam jawa
2 camb kicap pekat
1 ketul kiub daging @ayam
2 biji tomato-dipotong
1 senduk kacang tanah-digoreng dalam minyak(nak lebih cepat),ditumbuk kasar
garam dan gula
daun sup dan bawang-dipotong
BAHAN HIASAN
sawi-dipotong dan dicelur
kobis/taugeh-dipotong dan dicelur
cili merah-dipotong halus
bawang goreng
limau kasturi/limau nipis
telur rebus
daun sup/daun bawang-dipotong
CARA2NYA
UNTUK KUAH
Tumis bawang putih sampai naik bau,masukan bawang merah,biar sampai agak garing,masukan udang kering, cili,biar sampai pecah minyak,masukan garam dan gul,kacau sekejap,masukan air rebusan tulang ayam, ayam,cili sos,sos tomato,kicap,kiub daging,kacang dal.Tunggu sampai mendidih dan agak sedikit pekat,masukan udang ,sotong serta tomato,kacau sekejap,masukan kacang tanah.Tutup api,masukan daun sup dan bawang
PENYEDIAANNYA
Labels:
mee
Saturday, April 21, 2012
CHOC BANANA KEK
Alhamdulillah,setelah sekian lama menunggu,ini lah hasilnya....
Lupa lak nak bg resepi
CHOC BANANA CAKE
BAHAN2NYA
bhn A
11/4 cawan gula perang
5 biji telur
1 camb ovallette
Pukul 15 min @hingga kembang dan gebu
Bhn B
8 biji pisang emas
1 cawan mentega(dicairkan)
Lenyek pisang sehingga hancur..masukan minyak
Bhn C
2 1/2 caw tepung naik sendiri
1/2 caw serbuk koko-kali ni cgayah x letak coz koko dah habis,hanya pakai 3 caw tepung
1 camt soda bikarbonat-cgayah letak 1/2 camt je sbb tak suka bau dia..
70g walnut-dibakar dan dicincang kasar
70g walnut-dibakar dan dicincang kasar
Bhn D
70g cooking choc-dicairkan
CARA2NYA
1-Pukul A,masukan B,C dan D.
2-Kacau dengan spatula biar sebati.
3-Bakar dengan api bawah,suhu 160 C selama 45 min,kemudian tukar api atas bawah selama 15 min @sehingga masak.
Labels:
kek
Friday, April 20, 2012
KEK CANTIK
Saja nak release tension...mai kita tengok gambar2 kek yg cantik2 yg diambil dari pelbagai sumber..semoga mendapat panduan untuk kita mereka cipta kek2 terbaru dari kia semua..Jom layanzz...
Labels:
KEK CANTIK
Wednesday, April 18, 2012
KEK BLACKFOREST
Rasanya dah banyak kali Maheran order kek ini untuk anak2nya..katanya mereka suka makan kek ni....tak muak....yup..pcik kasim dan rakyat2 cgayah pun suka,kalau yg 1/2 kg tu,separuh sekali hadap je...w/pun selalu buat...
Keknya bukan susah sangat pun nak buat....ni resepinya
KEK BLACKFOREST
BAHAN2NYA
8 biji telur(B size)
60g serbuk koko
1camb ovallete
1camt baking powder
40g tepung jagung
100g tepung pau/tepung softasilk
100g butter-cairkan
1 camt vanilla
200g gula halus
1/2 tin dark cherry(cherry hitam),ambil airnya,tambahkan 1 camt tepung jagung dan 1 camt gula ising-masak sekejap-ketepikan
HIASAN
5OOG whipping cream-pukul hingga gebu
ceri merah bertangkai
CARA2NYA
1-Campurkan tepung,serbuk koko dan tepung jagung,baking powder-ayak dan ketepikan.
2-Pukul telur,gula,ovallette hingga kembang(12 min dengan heavy duty mixer,20 min dengan hand mixer)
3-Masukan tepung sedikit demi sedikit,dengan menggunakan spatula,kacau adunan perlahan2 hingga sebati.
4-Masukan mentega cair,kacau lagi sehingga rata supaya kek nanti tidak mendap kebawah
5-Masukan adunan kedalam bekas bulat berukuan 9 in.
6-Bakar hingga masak,sejukan.
7-Potong kepada 3 bahagian.
8-Lapisan 1-basahi dengan 2-3 camb air cherry.sapu whipping cream.Atur dark cherry yg dibelah 2.
9-Letak lapisan ke2,Ulangi langkah sama seperti lapisan 1 tadi
10-Sapukan seluruh bahagian kek dengan whipping cream,hiaskan dengan cherry bertangkai.Sejukan sekejap didalam peti ais
11-HAA-DAH SIAP.....JEMPUT...JEMPUT!!!
Labels:
kek
PERIHAL MANUSIA
Astagfirullah...hanya itu yg mampu Kz ucapkan tatkala Ustaz dan dengan keizinan Allah menjumpai sesuatu dikawasan rumah kakak kz....sepasang patung yg diukir menyerupai bentuk tubuh perempuan dan lelaki.Patung yg sedikit reput dibahagian belakang itu diikat dibahagian leher dan kaki serta dicucukan dibahagian kepala itu kelihatan amat menyeramkan...
Menurut ustaz,patung ini diperlakukan sedemikian rupa supaya mengharapkan mangsa akan menerima musibah sepertimana apa yg dipuja pada patung itu...Aduhai...kejamnya manusia,masih belum sedar kita hanya hamba Allah...
Perubatan islam secara rukyah yg dilakukan oleh ustaz serta teman2nya dengan izin Allah sejak beberapa bulan yg lalu ,alhamdullilah dapat mengurangkan sedikit kesengseraan yg ditanggung oleh kakak kz sejak sekian lama..dan seperti kata ustaz..insyaallah kita sama2 berusaha dan berdoa kepada Allah supaya kakak kz sembuh seperti sedia kala..
Labels:
PERIHAL MANUSIA
Tuesday, April 17, 2012
POP CORN
Rasa2nya kz ketinggalan keretapi ni...waktu member2 sibuk buat pop corn tak teringin lak nak buat...ala pop corn ni kat mamak roti pun ada jual...makan pun bukan banyak mana sangat..Sampai lah baru2 ini Kz kebetulan singgah diCold Storage .Ternampak Kz jagung 'POP CORN' ni..Balik umah je terus buat..Haa..rajin lak cik gayah..selalu peram la dulu..selalu kena marah dgn 'rakyat2 cik gayah'.....wah terkejut cgayah...kembang setaman pop corn cgayah,w/pun buat separuh je..
NI RESEPINYA
1/2 paket jagung kering(dilabel pop corn)
2 camb mentega
2 camb minyak jagung/masak
CARAMEL
Bahan2nya
4 camb gula
2 camb madu
1camb susu segar
1camb mentega
Caranya
Panaskan mentega,masukan gula ,madu dan susu.Biar sampai berbuih(seperti sira kuih keria).Tutup api.Buat selepas pop corn siap kerana ia cepat keras
CARA2NYA
Panaskan minyak dan mentega.Masukan jagung.biar rata dengan minyak.Perlahankan api.Tutup dengan tudung.biar sampai bunyi pop habis...Buka tudung dan tutup api.masukan caramel ,kacau biar rata...Taraa...dah siap
#UNTUK HASIL YG LEBIH BAIK BELI LA JAGUNG YG ADA LABEL UTK POP CORN.Dari pengalaman, Kz sarankan beli kat pasaraya Cold Storage sebab rasanya lebih sedap dan rangup dari yg dibeli diTesco..
Cuba laa
Labels:
POP CORN
Subscribe to:
Posts (Atom)