Biasalah cgayah..klu org sibuk2 dgn resepi baru..cgayah pun sibuk la nak try resepi..klu rasa sedap, cgayah nak intai2 kelas lak...
Intai punya intai.. terjumpa la resepi ni..apa lagi cgayah pun merajinkan diri la..walau pun sekarang dah tak ada sapa yg tukang menghabiskannya..
Rasanya..sedap gak,diantara brownies n biskut..sesuai rasanya nak buat door gift @ untuk jamuan birthday..
Meh kita cuba resepinya...
BAHAN2NYA
3/4 cawan butter
2 cawan brown sugar
3 bj telur-B
1 camt vanilla
1 camt kulit orange diparut-jika suka
2 cawan choc chip
1/4 cawan kelapa kering-disangrai sampai agak keperangan-jika suka
1/4 camt garam
2 1/4 cawan tepung
2 camt b/powder
3/4 cawan kekacang cincang;etc walnut,badam,gajus @apa saja jenis kekacang
CARA2NYA
Panas oven 175*c.Pukul butter,brown sugar,telur,vanilla.orange peel dan garam sampai gebu.Tambah tepung dan baking powder,pukul perlahan sampai sebati.Masukan choc chip dan kekacang.Letak didalam acuan yg telah dilapis kertas dan disapu butter.Bakar api atas n bawah 20-25 min @ sampai masak.Potng bila sejuk.2x2 in
P/S..boleh tambah 1 caw sos butterscotch dan 1/2 cawan kepingan choc jika suka
Tuesday, September 24, 2013
Friday, September 20, 2013
GANU KITE
Diatas jemputan anak buah untuk kemajlis perkahwinan anaknya diCHALOK SETIU kami sekeluarga gagahi juga untuk memenuhinya..main redah saja..semput gak la cgayah jadi co-pilot.mana nak tengok sigboard,mana nak pandang GPS lagi..aduhai..camnilah kalau kita x tau tempat ni..ALhamdullillah dgn berpandukan GPS sampai gak kami keChalet..nak pergi rumah diorang ..esok punya cerita..nasib baik..Disebabkan pergi untuk tujuan lain..tak adalah cgayah nak bershopping bagai..cuma beli sedikit keropok je..tapi rugi gak cgayah..beriya2 sangat la pergi beli dekat kg losong yg terkenal seantario keenakan keropoknya yg istimewa itew..rupa2nya hanya boleh diucapkan..emm..boleh la..Selepas diberitahu anak buah..kawasan yg kami menginap tu la yg sebenarnya ;shurga keropok..MERANG..mmg sedap betul ,rugi cgayah....sal beli sikit..lupa cgayah nak ambil nama kedai tu..yg pasti..selepas chalet KEMBARA RESORT,sebelah kanan..Tentang makanan lak..harga dia tak la semurah dikelantan..sesuai dengan negeri minyak..lebih2 lagi diKuala Tengganu ..mencekik betul...dahsat! .Cuma ralat sikit tak dapat nak melawat perkampungan tamaddun islam..sal samapai waktu tengahari..panas sangat..Nanti lain kali nak pergi lagi la..nak borong keropok lekor..leh frozen n sedekahkan kan kat kawan2..insyaallah
Masjid kristal
rekomen dari penduduk tempatan,,dekat sini lebih sedap keropok losong
Dlm perjalanan balik ...iklan je lebih..call pn putus2..internet pn sama gak..hampeh
beratur panjang-berpeluh cgayah menunggu giliran nak beli keropok losong.
kat kg keropok dilosong...KEROPOK LOSONG ADIK BERADIK..
Bersama anak2 buah
sempat la menyinggah beli cempedak..sebiji rm4..
Wednesday, September 18, 2013
OPOR AYAM
Dah tinggal seketul,baru cgayah teringat nk ambik gambar..lupa sungguh..resepi cgayah ambil dari majalah RASA keluaran september,tapi cgayah olah balikguna sukatan sesedap tekak cgayah je..banyak lagi resepi yg cgayah nampak cam sedap.,bila cgayah cuba blh la post kat sini..Insyaallah..Cgayah suka la majalah RASA ni..resepi2 kebanyakan yg mudah dibuat...
Rasanya.."not bad"..klu tak takan tinggal seketul je.Ni resepinya
BAHAN2NYA
5-6 ketul ayam ..(boleh juga guna daging..ari tu cgayah kahwin je daging ngan ayam..sal pcik kasim x suka ayam..)
2 camb kerisik
1 senduk bawang goreng,dimesin
1senduk tomato puri
1 biji tomato-cincang halus
1 labu sedang bawang besar..di dadu halus
1 1/2 mangkuk santan
BAHAN KISAR
4 camb cili kisar
1 camb ketumbar-ditumbuk halus
1 camt jintan manis-dtumbuk halus
1/2 in halia,dihiris halus
1/2 in halia
3 ulas bawang merah-mayang
1 batang serai
kisar semua bahan diatas
4 camb minyak
CARA2NYA
Perap ayam bersama bahan kisar serta bawang goreng dan kerisik kira 1 jam.
Panaskan minyak, Tumis bawang yg dimayang sampai naik bau.Masukan tomato hiris dan tomato puri.Kacau rata.Biarkan sampai naik bau. Masukan ayam.balik2kan ,masukan santan,garam dan gula.Masak hingga pekat dan naik minyak.ANGKAT
Rasanya.."not bad"..klu tak takan tinggal seketul je.Ni resepinya
BAHAN2NYA
5-6 ketul ayam ..(boleh juga guna daging..ari tu cgayah kahwin je daging ngan ayam..sal pcik kasim x suka ayam..)
2 camb kerisik
1 senduk bawang goreng,dimesin
1senduk tomato puri
1 biji tomato-cincang halus
1 labu sedang bawang besar..di dadu halus
1 1/2 mangkuk santan
BAHAN KISAR
4 camb cili kisar
1 camb ketumbar-ditumbuk halus
1 camt jintan manis-dtumbuk halus
1/2 in halia,dihiris halus
1/2 in halia
3 ulas bawang merah-mayang
1 batang serai
kisar semua bahan diatas
4 camb minyak
CARA2NYA
Perap ayam bersama bahan kisar serta bawang goreng dan kerisik kira 1 jam.
Panaskan minyak, Tumis bawang yg dimayang sampai naik bau.Masukan tomato hiris dan tomato puri.Kacau rata.Biarkan sampai naik bau. Masukan ayam.balik2kan ,masukan santan,garam dan gula.Masak hingga pekat dan naik minyak.ANGKAT
Subscribe to:
Posts (Atom)