Pages

Friday, November 15, 2013

KEK TAPAK KUDA

Alhamdullilah,jadi gak cgayah buat kek yang agak fofular ni..bila siap je ..x sabar2 nak rasa....aaahhh..speechless..sedap
Mai kita kongsi resepi dia..yg dalam gambar ni cgayah buat lebihan adunan kek lapis..not bad..
Adunan  yg betul pun cgayah dok buat..cuma lupa nak ambil gambar..lupa lak..
Layan je resepi dia..

BAHAN2NYA
3 biji kuning telur
2 biji putih telur
1/2 camt baking powder
100g gula castor
55 g tepung softasilk
1 camt esen vanilla
1/2 camb choc emulco
70g  butter cair
1/4 camt ovallete
1 camt serbuk koko

CARA2NYA
1-Panaskan oven selama 15 min,suhu 180*c,api atas bawah
2-Satukan semua kecuali serbuk koko dan choc emulco.Pukul perlahan sehingga sebati.Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga gebu.
3-Ambil 4 camb adunan,masukan serbuk koko dan choc emulco.Ketepikan
4-Lengserkan acuan 9x9 in yg dialas kertas minyak.
5-Masukan adunan choc.ratakan
6-Ambil adunan putih,masukan didalam  piping bag,potong dihujung,buat jaluran rapat diatas adunan choc.
7-Ratakan  perlahan dengan menggunakan belakang sudu sehingga rata
8-Bakar 15 min @ sehingga perang
9-Sejukan.Terbalikan.Sapu nuttella hingga rata
10-Lipat dua perlahan2,berhati2, jangan sampai patah.
11-Balut dengan plastik wrap,simpan didalam peti sejuk sebelum dipotong



Thursday, November 14, 2013

NASI DAGANG

Lama sangat rasanya cgayah tak buat nasi dagang ni..Hari tu dalam perjalanan balik dari Terengganu,singgah dekat Bukit Bunga tu,beli la beras ni..
Meh kita tengok resepi dia..ni kira versi cgayah la

BAHAN2NYA
UNTUK NASI
1/2 kg beras nasi dagang..rendam semalaman
1 1/2 cawan santan
1 cm halia-dihiris halus
Halba
5 ulas bawang merah-dimayang halus

CARA2NYA
1-Kukus beras selama 1/2 jam @separuh masak
2-Alihkan kedalam bekas lain,masukan halia,bawang,halba dan santan
3-Masukan balik kedalam kukusan,kukus semula selama 15 min @ hingga masak.percikan sedikit air kalau sekiranya masih keras @ belum masak.

UNTUK GULAI
1 ekor ikan tenggiri yang sedang-potong
1 paket rempah nasi dagang
1 cm lengkuas-ketuk
5 ulas bawang merah-tumbuk kasar
1/2 cm halia.ketuk
3 mangkuk santan,diambil dari sebiji kelapa
1/2 camt lada hitam-ditumbuk halus
2 camb cili giling
2 cm kunyit,ditumbuk halus
garam dan gula
cili merah dan cili hijau.potong 4
asam keping,2 keping

CARA2NYA
1-Masukan santan dan semua bahan diatas kecuali ikan.Masak dengan api yg perlahan sehingga pecah minyak.
2-Masukan ikan dan asam keping,biar lagidalam 7-10 min
3-Masukan cili potong,kacau dan angkat

UNTUK SAMBAL KELAPA
3-4 ekor ikan sardin,direbus@ kukus
1/2 biji kelapa parut,disangrai sehingga agak keperangan
2 batang serai,dihiris halus
5 ulas bawang merah-dimayang halus
1/2 cm lengkuas,ditumbuk halus
1/2 cm halia,ditumbuk halus
1 camt lada hitam,ditumbuk halus
garam dan gula

CARA2NYA
1-Asingkan isi ikan dari tulang
2-Tumbuk bersama kelapa,bawang,lengkuas,halia dan serai dan lada hitam
3-Perisakan dengan gula dan garam

HIDANGAN SAMPINGAN
Jelatah,