Pages

Monday, January 14, 2013

KEK BUAH BAKAR

RESEPI NI ATAS PERMINTAAN SEORANG TEMAN..Biasalah cgayah ambik dari blog seberang dan ubahsuai sikit2..terima kasih diatas penyumbang resepi..semoga ALLAHsentiasa memberkati anda..

BAHAN2NYA
200g butter
175g gula perang
4 biji telur(B)
200g tepung supersoft
25g tepung jagung
25g susu tepung
1camt rempah kuih@serbuk kayu manis
1 camt baking powder
50g madu
350g fruit mix
50g walnut hancur

CARA2NYA
Pukul mentega dan gula hingga lembut dan gebu.Masukan walnut dan buah yg telah dikeringkan sekejap didalam oven(5min) dan digaul dengan tepung-(petua mengelakan buah tidah jatuh @buah direndam terlebih dulu diadalam jus epal,semalaman)Tambah telur 1 persatu,selang seli dengan tepung.Gaul sebati.masulak kedalam acuan dan bakar.

Lupa lak nak ambil gambar yg telah dipotong...






DOUGHNUT KENTANG


Sebenarnya ari tu kz ke kedai bakeri ,nak beli mashed potato nak buat potato bread.Bila sampai dekat kaunter baru terperasan yg ada 1 paket kecil lagi kat dalam.Rupa2nya ni mashed potato yg segera siap ngan sos BBQ.Ambil je la..leh cubakan..
Bila buat,,aduh..banyaknya ..x terlarat nak makan walaupun rasanya leh tahan gak..Tu la yg terfikir nak buat donat kentang lak,
Ni resepinya

BAHAN2NYA
350g tepung high protien
150g tepung pau
1paket yis segera
1 camt baking powder
250g kentang-kukus n lecek(@ blh buat cam kz tu,beli yg segera+ dgn sedikit air)
100g gula halus
50g susu tepung@2camb susu pekat(jika menggunakan susu pekat hendaklah kurangkan gula 80g)
75g butter@majerin
1/2 camt garam halus
4 biji kuning telur
100 ml air sejuk

CARA2NYA
Campur tepung dgn kentang,susu tepung ,gula dan yis,uli  perlahan menggunakan cangkuk,(boleh juga guna tangan tapi lama la sikit)masukan air dengan telur,pukul sampai agak licin,masukan mentega dan garam, pukul sampai tidak melekat ditangan.Tutup adunan,biar 15 min,bentukan,taburkan tepung,biar lagi 20 min.Goreng dalam minyak tenggelam sambil disimbah minyak diatas dougnut perlahan agar naik sekata.Terbalikan,goreng sampai agak kekuningan.Angkat dan hidang.




Tuesday, January 8, 2013

KEK BUTTER BADAM

Aduhai,kenapa la banyak sangat halangannya  ni...mungkin ada hikmahnya kot..Waktu kz nak buat kek utk hantaran anak buah baru2 ni...ada tetamu lak kat umah.. plan asal nak buat kek lain ,tapi disebabkan nak mudah dan cepat,kz ambik keputusan buat kek butter badam je..Buat kali pertama kz keluarkan dari acuan silikon bunga matahari yg cantik tu..keknya keluar separuh..aduhai,dah pukul 9 pagi,nak bawa kul 2..camne ni..kalut betul kz..2maka jadi la bunga matahari yg tak semenggah sgt..nasib baik !

KEK BUTTER BADAM

BAHAN2
150g tepung supersoft
100g gula halus
7 kuning telur
4 putih telur
150g butter
5 camb susu pekat
1 1/2 camt ovallete
1 1/2 camt vanilla
6 camb almond serbuk

CARA2NYA
Pukul putih telur bersama krim tar tar sampai bertanduk.Ketepikan.
Pukul butter dengan gula dan ovallete hingga gebu.Masukan kuning telur sebiji2.Masukan susu pekat,almond serbuk dan esen vanilla.masukan tepung sedikit2,kacau sampai sebati.Kemudian masukan putih telur yg dipukul tadi.Kacau sebati.Lengserkan acuan,masukan adunan,bakar 160*C selama 45 min hingga 1 jam @ hingga masak.





Wednesday, January 2, 2013

CUP CAKE RAINBOW




Niat dihati nak buat cupcake buah2an utk hiasan meja pengantin anak buah  baru2 ni..tp disebabkan ada tetamu yg datang kt umah hari tu,cgayah mengambil keputusan disaat2 akhir...ya la waktu tu dah pukul 10 mlm dh..tak ke haru cgayah...esok nk bangun awal lg...nk siapkan dessert,gubahan buah dn basket udang ,nugget dan sayuran tempura...Aduh...bikin fenin cgayah.
Yg mudah dan senang..buat je cupcake biasa,tambah warna sikit...jadi la cupcake rainbow versi cgayah...








Ni resepinya
175g majerin
125g gula halus
6 kuning telur
3 putih telur-pukul sampai bertanduk,ketepikan
160g tepung softasilk
30g tepung jagung
1 camt baking powder
1/2 camt ovallete
60 ml susu cair/susu segar
1/2 camt vanilla
1/4 cawan badam cincang
pewarna;biru,hijau,kuning,merah(klu nk lg cantik guna;ungu,biru,hijau,kuning,oren, merah)

CARA2
Panaskan oven,180*c.
Pukul majerin dan gula serta ovallet dengan kelajuan sederhana hingga gebu.masukan telur sebiji sebiji,pastikan diantaranya 1minit.Masukan badam.Dan dengan kelajuan perlahan masukan tepung yg diayak bersama dengan  b/powder sedikit sedikit.Masukan susu cair,esen vanilla.Keluarkan dari mixer,campurkan putih telur yg dipukul,kaup dan balikan menggunakan spatula @senduk kayu.
Bahagikan 4 bahagian,masukan pewarna.Sudukan kedalam papercup,mulakan dengan biru,hijau,kuning dan merah.Pastikan 2/3 penuh
Bakar 15-20 minit.