Pages

Wednesday, January 2, 2013

CUP CAKE RAINBOW




Niat dihati nak buat cupcake buah2an utk hiasan meja pengantin anak buah  baru2 ni..tp disebabkan ada tetamu yg datang kt umah hari tu,cgayah mengambil keputusan disaat2 akhir...ya la waktu tu dah pukul 10 mlm dh..tak ke haru cgayah...esok nk bangun awal lg...nk siapkan dessert,gubahan buah dn basket udang ,nugget dan sayuran tempura...Aduh...bikin fenin cgayah.
Yg mudah dan senang..buat je cupcake biasa,tambah warna sikit...jadi la cupcake rainbow versi cgayah...








Ni resepinya
175g majerin
125g gula halus
6 kuning telur
3 putih telur-pukul sampai bertanduk,ketepikan
160g tepung softasilk
30g tepung jagung
1 camt baking powder
1/2 camt ovallete
60 ml susu cair/susu segar
1/2 camt vanilla
1/4 cawan badam cincang
pewarna;biru,hijau,kuning,merah(klu nk lg cantik guna;ungu,biru,hijau,kuning,oren, merah)

CARA2
Panaskan oven,180*c.
Pukul majerin dan gula serta ovallet dengan kelajuan sederhana hingga gebu.masukan telur sebiji sebiji,pastikan diantaranya 1minit.Masukan badam.Dan dengan kelajuan perlahan masukan tepung yg diayak bersama dengan  b/powder sedikit sedikit.Masukan susu cair,esen vanilla.Keluarkan dari mixer,campurkan putih telur yg dipukul,kaup dan balikan menggunakan spatula @senduk kayu.
Bahagikan 4 bahagian,masukan pewarna.Sudukan kedalam papercup,mulakan dengan biru,hijau,kuning dan merah.Pastikan 2/3 penuh
Bakar 15-20 minit.




0 comments: