Pages

Friday, February 15, 2013

BROWNIES CHEESE KUKUS




Selalunya klu buat brownies utk tempahan..kz punya la kalut..igt nk siap je..sampai lupa nak snap gambar..tu yg tak syok nak  bagi resepi tu..tak tau rupa dia camne..Ni pun last minute baru ingat..lupa sangat la cgayah ni..Tu yg ambik gambar sepotong tu..Sebenarnya kz biat ukuran 8x8 in..dipotong 4.Memang Kz buat ukuran cam tu..8in x 2 in..Harga?..jgn segan2 contact kz..cuma klu hari2 biasa tu kena share la..sal minima pembelian 3-4 pcs..Untuk tempahan hari raya..yesss..boleh ambik 1..Maklum la klu hari biasa selalunya yg order tu tak sama.Klu sama tarikh kira ok la kan.Maklum la harga yg kz jual sangat2 berpatutan..takut tak pulang modal lak cgayah!
Apa2 pun klu rajin boleh buat sendiri.Rasanya emm..mengikut tekak kz dan tekak2 yg selalu mengoder ngan kz...sedap berbanding ngan kek choc kukus biasa.RAHSIANYA...jom kita layan resepinya.Klu x menjadi..jgn segan2 hubungi kz naaa..kerana klu silap sedikit ia akan mengecut atau bantat..itu bukan salah resepi tau..cuma tekniknya saja yg tersilap!!

BAHAN2NYA
Bhn 1
12 biji telur(A@B)
450g gula perang
1/2 camt garam
20g ovallete
1 camt esen vanilla
Pukul sampai kembang dan gebu

Bhn 2
250g tepung superfine
100g serbuk koko
1/2 camt baking powder
Campur dan ayak.

Bhn 3
350 ml butter cair
200g dark choc-dicairkan
Satukan

Bhn 4
150 ml susu pekat

Bhn 5
250g cream cheese-Pukul sampai gebu
200g dark choc-cairkan
Satukan keduanya.Masukan kedalam piping beg.Potong bucunya

Bahan hiasan dan taburan
ganache;
200g dark choc -cairkan
1/2 cawan susu segar-panaskan
50g butter
Cairkan choc secara double boiler,masukan susu ,pukul mengunakan whisk,masukan butter,kacau samapai sebati.angkat
hiasan;
Biji bunga matahari
Choc rice
Badam cincang



CARA2NYA
Masukan bahan 2 sedikit2 berselang seli dengan bahan 3 kedalam bahan 1 yg dipukul hingga kembang tadi.
Pukul perlahan sehingga sebati.Masukan bahan 4.Kacau sebati.Bahagi 3@4 adunan.Kalau rasa malas bahagi je 2 adunan.Masukan  sebahagian adunan kedalam loyang 8x8in yg telah dialas kertas minyak.
Panaskan kukusan sampai mendidih.Masukan loyang kedalam kukusan,kukus 10 -15 min.(cucuk dengan pencucuk kek untuk mengetahui masak @tidak.)Masukan sebahagian bhn 5.Ratakan.Masukan sebahagian adunan lagi.Buat langkah yg sama sehingga habis.Akhir sekali kukus 20-30 min.Klu buat 2 bahagian saja pastikan selepas masukan bahagian yg ke2 kukus 20-30min.Cucuk dengan pencucuk kek untuk pastikan ia betul2 masak.Angkat dan biar sekejap baru terbalikan diatas redai kuih. SejukkanTuang ganache,taburkan kekacang yg disukai(cth biji bunga matahari,badam cincang,choc rice).Sejukan  sekejap baru boleh dipotong.  
P/S..kz menggunakan kukusan dari indon..jadi tak perlu untuk mengelap wap.Klu mengggunakan kukusan biasa pastikan wap dilap setiap 10 min supaya wap tidak jatuh.






0 comments: