Pages

Monday, March 18, 2013

PISANG MOLEN@BOLEN

Lama dah kz buat kue ni,cuma lambat sikit nak interframe..Setengahnya panggil bolen..sebahagiannya panggil molen..apa2 je la..resepi dari seberang ni kz terpikat dek kerana kerangupannya dibahagian luar tu..sekali rasa cam baklava..sedap banget..nnt suatu ari cgayah nk try buat baklava la pulak...Lupa lak cgayah,bolen @molen ni ikut bahasa jawa kot ..x sempat nak kaji..tp mengikut diorang maknanya balut @ bungkus..x kisahla apa2 pun..janji emm..sedap..Apa2 pun nnt nk tanya cikgu la..mintak tolong dia ajar cara yg betul..sebab klu buat xde guru ni biasa la..stok nak makan sendiri boleh la..nk jual kureng la sikit..sikit je keluar modal..untungnya banyak..hasilnya...zaas!..Bersemangat nak buat bukannya sal apa..pcik kasim suka!..hehe.
Ah..melalut lak cgayah,mai la kita tgk resepi dia

BAHAN2NYA
bhnA
250g tepung gandum
30g gula
2 biji kuning telur
1 camb butter
100ml air ais
1/2 camt garam

bhnB
125g majerin pastry(terdapat dikedai bakeri)

INTI
beberapa biji pisang raja
keju cheddar potong
susu pekat manis

UNTUK SAPU
kuning telur
madu

CARA2NYA
Untuk adunan
Campur tepung,gula dan garam,Uli ,tambah kuning telur danair,uli sebati.Tambah majerin,uli sampai tidak melekit ditangan.Bulatkan ,balut dengan pelastik,simpan dalam petiais,tempat beku selama 15min.Keluarkan dari petiais,canai memanjang,letak majerin pastri 2/3 dari bahagian tepung.Lipat dari hujung ketengah sehingga menutupi majerin.Canai dan lipat lagi.Buat 4 x.Klu lembik simpan balik dalam peti ais dan canai balik.
Canai tipis,potong 4 segi,letak pisang,sapu susu pekat,kemudian letak cheese.Balut rapat.Letak dalam dulang yg telah disapu majerin.Sapu kuning telur.Bakar 180*c sampai kuning.Angkat,sapu madu kemudian masuk balik dalam oven.turunkan suhu 160*c sampai choc keemasan.Angkat.
P/S
Rasa2 la kan..klu buat adunan cam karipap pusing boleh x...nnt cgayah nak try..jadi x..hehe

yg ni cgayah buat



kredit utk hesti's kitchen ..cara2 nak balut



0 comments: