Pages

Friday, October 28, 2011

SPAGGETTI DATIN




Resepi ni diberi oleh Datin K,kenalan kz.Terima kasih Datin!.Mulanya segan gak nak mintak resepi...tapi setelah berkali2 dia beri spaggetti tu kat kz dan diHABISKAN oleh 'RAKYAT2"kz.....dengan muka tak malu, kz pun mintak la resepi drpnya...hehe.Memang sedap sangat,tak muak..resepi ni diubahsuai sikit2......biasalah cik gayah!
SPAGGETTI
1/2 paket spaggetti
2 camb minyak zaitun
Cara2nya
Panaskan air,biar sampai mendidih,masukan spaggetti,biar sampai lembut,angkat,toskan,masukan minyak zaitun,gaul rata.ketepikan.

BAHAN UTK SOS
1/2 botol sos spaggetti(kimball-cendawan)
1biji tomato-potong dadu
2 camb rempah pizza
2-3 helai daun bay
2 camb cili mesin
2camb sos tomato
1 camb sos tiram
4 camb tomato puri
1/2 ketul kiub daging
2 camb butter
4 ulas bawang putih-dicicang halus
1 labu bawang besar putih
1keping ayam/daging cincang RAMLY
2 camb susu segar
21/2 cawan air
1/2 batang karot-potong dadu
1/2 batang celery-potong dadu
5-6 biji cendawan butang-potong dadu
sedikit garam

CARA2NYA
Panaskan butter,tumiskan bawang putih sampai naik bau,masukan ayam cincang dan bawang besar..Biar sampai garing.Masukan sos spaggetti,kacau,masukan airmasukan tomato puri,tomato sos,cili sos,sos tiram,kiup daging,karot.biar mendidih.renihkan dengan api perlahan.Bila agak2 dah pekat masukan tomato dan celery.masukan susu.biar sampai betul2 pekat.(menurut Datin K ia perlu direnih hampir 2 jam..tapi kz buat 1 jam je..nak cepat...Tarra..siap untuk dihidangkan

P/S..rasalah dulu diwaktu sos ini pekat sebelum diletakan garam kerana takut ia masin kerana perisa dalam sos dan kiub daging sudah memadai.

BEGEDIL BURGER






BHN A
2 keping burger daging/ayam
5 biji ubi kentang-dipotong ,goreng hingga empuk dan ditumbuk halus
1 labu bawang besar-potong dadu
1 biji cili merah-potong dadu
1 biji cili hijau-potong dadu
1 batang daun sup.dicincang halus
1 camca teh jintan manis-ditumbuk halus
1/2 camca teh jintan putih-ditumbuk halus
1 camca teh lada hitam-ditumbuk halus
1 camca teh rempah beriani/kurma
2 keping roti-dimesin menjadi serbuk@5camb serbuk roti
1 biji telur
garam

Bhn B
1 cawan tepung tempura(kz guna brand GOGI)
air
bancuhkan seperti adunan membuat goreng pisang
CARA2NYA
Campurkan semua bahan2,Bentukan dan leperkan sedikit menjadi bulat.Celupkan didalam adunan B,Goreng sehingga kuning.Toskan dan angkat.

CUCUR KEMBUNG




Cucur ni memang menjadi kegemaran anak2 , dimakan bersama kari ikan kembung dan sambal tumis ikan bilis.Sebenarnya cucur ni mak kz selalu buat untuk minum petang,jika dia masak kari diwaktu tengaharinya.mungkin air tangan kot...cucur yg kz buat tak la selembut yg mak buat...tapi boleh la setakat nak makan....janji naik.....chewah...
Kita layan resepinya;

CUCUR KEMBUNG

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
5 ulas bawang merah,dimayang halus
sedikit garam
3/4 cawan air suam

CARA2NYA
Campurkan tepung.gula.garam dan bawang merah.Gaul dan ramas bawang sehingga rata.Masukan air sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan tangan.tambahkan sedikit lagi air jika adunan masih lagi terlalu pekat.perap 3-4 jam .Panaskan minyak sehingga sedikit berasap.Jemput adunan dengan tangan.masukan adunan secara memanjang.Biarkan ia naik,baru balik2an.biar sampai kekuningan baru diangkat.Sedap dicicah bersama kari dan sambal.
Selamat mencuba!

Friday, October 21, 2011

SAPRAH


Saprah ni Kz buat untuk Puan Fatimah,kenalan kwn Kz.Tapi Kz lupa pula nak ambil gambar saprah yg dah siap.insyaallah lain kali Kz tunjukan.Sebenarnya jahitan sulam ni dibuat oleh mesin berkomputer "JANOME'.Macam2 paten sulaman boleh dibuat.Cuma Kz tak berkesempatan lagi untuk mengambil tempahan .Tetapi kepada sesiapa yg berminat untuk menempah boleh menghubungi Kz...kawan Kz sedia menerima tempahan...

Monday, October 17, 2011

KUIH PENERAM


Baru baru ni Kz buat kuih peneram.Selalunya kalau buat mesti menggunakan tepung beras yg betul2 "made in thailand".Sebabnya kalau tepung beras jenis lain mesti kurang menjadi sikit.Begitulah mengikut petua kakak ipar.Tapi kali ini saja Kz cuba2 guna tepung beras Malaysia lak...hehe...Tak sangka menjadi pula.seronoknya tak terkata..Nanti bila siNani balik ingat nak ajak dia buat.Buat sorang2 ni rasa kelamkabut sikit sebab kuihnya cepat hangit...rasanya kena 2 orang lagi elok kot,sorang canai adunan,sorang lagi goreng...terima kasih Kma kerana bg resepi ini....

KUIH PENERAM

Bhn2nya

3 cawan tepung beras cap teratai
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih(kurangkan sikit jika tidak suka manis)
1/2 cawan santan
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
sediikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara2nya
Masak gula bersama air .Masukan daun pandan.biar sampai guls larut.masukan santan,biar sampai mendidih.Tutup api.Tuang air gula kedalam adunan tepung.Kacau menggunakan senduk kayu.Biar sampai sebati.Adunan akan menjadi cair sedikit.Perap semalaman.Uli sedikit.Ambil adunan sebesar guli .leperkan diatas plastik atau daun pisang yg disapu sedikit minyak.Buat lubang menggunakan chopstik.Panaskan minyak,goreng hingga masak