Pages

Friday, October 28, 2011

CUCUR KEMBUNG




Cucur ni memang menjadi kegemaran anak2 , dimakan bersama kari ikan kembung dan sambal tumis ikan bilis.Sebenarnya cucur ni mak kz selalu buat untuk minum petang,jika dia masak kari diwaktu tengaharinya.mungkin air tangan kot...cucur yg kz buat tak la selembut yg mak buat...tapi boleh la setakat nak makan....janji naik.....chewah...
Kita layan resepinya;

CUCUR KEMBUNG

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
5 ulas bawang merah,dimayang halus
sedikit garam
3/4 cawan air suam

CARA2NYA
Campurkan tepung.gula.garam dan bawang merah.Gaul dan ramas bawang sehingga rata.Masukan air sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan tangan.tambahkan sedikit lagi air jika adunan masih lagi terlalu pekat.perap 3-4 jam .Panaskan minyak sehingga sedikit berasap.Jemput adunan dengan tangan.masukan adunan secara memanjang.Biarkan ia naik,baru balik2an.biar sampai kekuningan baru diangkat.Sedap dicicah bersama kari dan sambal.
Selamat mencuba!

0 comments: