Resepi ni diberi oleh Datin K,kenalan kz.Terima kasih Datin!.Mulanya segan gak nak mintak resepi...tapi setelah berkali2 dia beri spaggetti tu kat kz dan diHABISKAN oleh 'RAKYAT2"kz.....dengan muka tak malu, kz pun mintak la resepi drpnya...hehe.Memang sedap sangat,tak muak..resepi ni diubahsuai sikit2......biasalah cik gayah!
SPAGGETTI
1/2 paket spaggetti
2 camb minyak zaitun
Cara2nya
Panaskan air,biar sampai mendidih,masukan spaggetti,biar sampai lembut,angkat,toskan,masukan minyak zaitun,gaul rata.ketepikan.
BAHAN UTK SOS
1/2 botol sos spaggetti(kimball-cendawan)
1biji tomato-potong dadu
2 camb rempah pizza
2-3 helai daun bay
2 camb cili mesin
2camb sos tomato
1 camb sos tiram
4 camb tomato puri
1/2 ketul kiub daging
2 camb butter
4 ulas bawang putih-dicicang halus
1 labu bawang besar putih
1keping ayam/daging cincang RAMLY
2 camb susu segar
21/2 cawan air
1/2 batang karot-potong dadu
1/2 batang celery-potong dadu
5-6 biji cendawan butang-potong dadu
sedikit garam
CARA2NYA
Panaskan butter,tumiskan bawang putih sampai naik bau,masukan ayam cincang dan bawang besar..Biar sampai garing.Masukan sos spaggetti,kacau,masukan airmasukan tomato puri,tomato sos,cili sos,sos tiram,kiup daging,karot.biar mendidih.renihkan dengan api perlahan.Bila agak2 dah pekat masukan tomato dan celery.masukan susu.biar sampai betul2 pekat.(menurut Datin K ia perlu direnih hampir 2 jam..tapi kz buat 1 jam je..nak cepat...Tarra..siap untuk dihidangkan
P/S..rasalah dulu diwaktu sos ini pekat sebelum diletakan garam kerana takut ia masin kerana perisa dalam sos dan kiub daging sudah memadai.
0 comments:
Post a Comment