Pages

Monday, October 17, 2011

KUIH PENERAM


Baru baru ni Kz buat kuih peneram.Selalunya kalau buat mesti menggunakan tepung beras yg betul2 "made in thailand".Sebabnya kalau tepung beras jenis lain mesti kurang menjadi sikit.Begitulah mengikut petua kakak ipar.Tapi kali ini saja Kz cuba2 guna tepung beras Malaysia lak...hehe...Tak sangka menjadi pula.seronoknya tak terkata..Nanti bila siNani balik ingat nak ajak dia buat.Buat sorang2 ni rasa kelamkabut sikit sebab kuihnya cepat hangit...rasanya kena 2 orang lagi elok kot,sorang canai adunan,sorang lagi goreng...terima kasih Kma kerana bg resepi ini....

KUIH PENERAM

Bhn2nya

3 cawan tepung beras cap teratai
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih(kurangkan sikit jika tidak suka manis)
1/2 cawan santan
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
sediikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara2nya
Masak gula bersama air .Masukan daun pandan.biar sampai guls larut.masukan santan,biar sampai mendidih.Tutup api.Tuang air gula kedalam adunan tepung.Kacau menggunakan senduk kayu.Biar sampai sebati.Adunan akan menjadi cair sedikit.Perap semalaman.Uli sedikit.Ambil adunan sebesar guli .leperkan diatas plastik atau daun pisang yg disapu sedikit minyak.Buat lubang menggunakan chopstik.Panaskan minyak,goreng hingga masak

0 comments: