Thursday, April 18, 2013
KEK KUKUS PISANG
Ni kira nk menghabiskan stok pisang susu yg diberi anak buah la ni..jadi rajin lak cgayah..ya la,membazir tu saudara syaitan!..Daripada buang je,baik rajin2kan diri ..lagi pula elokla kita belajar menghargai pemberian orang..Tak gitu ke Cik Jah..(pinjam kata chef wan sat)..
Sementalah kt pejabat pcik kasim ada diorang buat makan2..cgayah dengan rela hati buat la apam ni utk memeriahkan lagi jamuan tu..Depa suka @ tak ,wallahuallam..
Ayuh,kita belek2 la resepinya..
BAHAN2NYA
2 caw tepung
3/4 caw gula halus
4 biji pisang-dilecek halus
1/2 caw minyak/butter cair
1/4 caw susu segar/santan kotak
3 biji telur
1 camt ovallette
1 camt esen vanilla
1/2 caw choc rice
1/4 cawan kacang tanah hancur yg telah disangrai terlebih dulu
CARA2NYA
Pukul telur ,gula dan ovallette hingga gebu.Masukan pisang.kacau perlahan.Masukan tepung berselang seli dengan susu yg dicampur dengan esen vanilla sehingga habis.Masukan kedalam papercup yg dimasukan kedalam acuan lompang.Boleh juga diletakan dalan loyang.Kukus hingga masak.
p/s..kalau papercup cuma 10 min je
dalam loyang kira2 30 min@sehingga masak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment