Niat dihati pada mulanya nk buat kuih lapis choc dgn peanut butter,tapi peanut butter tak ada la pulak...nak buat lapis choc sikecik tu kurang minat la sikit...ni yg buat lapis biasa je tapi versi lapis choc...Cgayah ni bukanya rajin sangat pun,tapi disebabkan ada lebihan santan masak tengahari ..biasa la kan kelapa kan dah mahal...rugi betul kalau dibuang...hehe,berkira sungguh cgayah!
mai la kita tengok resepi dia..
terima kasih pada penyumbang resepi.
BAHAN2NYA
165g tepung gandum(kalau lapis choc hanya 150g)
30g tepung honkwe
3/4 cawan gula pasir(180g)
810 ml santan
1/2 camt garam halus
pewarna merah
p/s..kalau lapis choc,tambahkan 15g serbuk koko,kacau dengan sedikit santan supaya tidak berketul,baru masukan kedalam sebahagian adunan.Masukan 2 camb peanut butter(jika suka)
CARA2NYA
Campur semua bahan,bahagi dua.Satu diwarnakan merah.Panaskan kukusan,masuk 2 senduk setiap lapis,setiap lapis 3-5 min.selang seli,merah dan putih.Kukus sampai habis,kukus lagi 15-20 min.
Thursday, May 2, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment