Pages

Friday, October 28, 2011

SPAGGETTI DATIN




Resepi ni diberi oleh Datin K,kenalan kz.Terima kasih Datin!.Mulanya segan gak nak mintak resepi...tapi setelah berkali2 dia beri spaggetti tu kat kz dan diHABISKAN oleh 'RAKYAT2"kz.....dengan muka tak malu, kz pun mintak la resepi drpnya...hehe.Memang sedap sangat,tak muak..resepi ni diubahsuai sikit2......biasalah cik gayah!
SPAGGETTI
1/2 paket spaggetti
2 camb minyak zaitun
Cara2nya
Panaskan air,biar sampai mendidih,masukan spaggetti,biar sampai lembut,angkat,toskan,masukan minyak zaitun,gaul rata.ketepikan.

BAHAN UTK SOS
1/2 botol sos spaggetti(kimball-cendawan)
1biji tomato-potong dadu
2 camb rempah pizza
2-3 helai daun bay
2 camb cili mesin
2camb sos tomato
1 camb sos tiram
4 camb tomato puri
1/2 ketul kiub daging
2 camb butter
4 ulas bawang putih-dicicang halus
1 labu bawang besar putih
1keping ayam/daging cincang RAMLY
2 camb susu segar
21/2 cawan air
1/2 batang karot-potong dadu
1/2 batang celery-potong dadu
5-6 biji cendawan butang-potong dadu
sedikit garam

CARA2NYA
Panaskan butter,tumiskan bawang putih sampai naik bau,masukan ayam cincang dan bawang besar..Biar sampai garing.Masukan sos spaggetti,kacau,masukan airmasukan tomato puri,tomato sos,cili sos,sos tiram,kiup daging,karot.biar mendidih.renihkan dengan api perlahan.Bila agak2 dah pekat masukan tomato dan celery.masukan susu.biar sampai betul2 pekat.(menurut Datin K ia perlu direnih hampir 2 jam..tapi kz buat 1 jam je..nak cepat...Tarra..siap untuk dihidangkan

P/S..rasalah dulu diwaktu sos ini pekat sebelum diletakan garam kerana takut ia masin kerana perisa dalam sos dan kiub daging sudah memadai.

BEGEDIL BURGER






BHN A
2 keping burger daging/ayam
5 biji ubi kentang-dipotong ,goreng hingga empuk dan ditumbuk halus
1 labu bawang besar-potong dadu
1 biji cili merah-potong dadu
1 biji cili hijau-potong dadu
1 batang daun sup.dicincang halus
1 camca teh jintan manis-ditumbuk halus
1/2 camca teh jintan putih-ditumbuk halus
1 camca teh lada hitam-ditumbuk halus
1 camca teh rempah beriani/kurma
2 keping roti-dimesin menjadi serbuk@5camb serbuk roti
1 biji telur
garam

Bhn B
1 cawan tepung tempura(kz guna brand GOGI)
air
bancuhkan seperti adunan membuat goreng pisang
CARA2NYA
Campurkan semua bahan2,Bentukan dan leperkan sedikit menjadi bulat.Celupkan didalam adunan B,Goreng sehingga kuning.Toskan dan angkat.

CUCUR KEMBUNG




Cucur ni memang menjadi kegemaran anak2 , dimakan bersama kari ikan kembung dan sambal tumis ikan bilis.Sebenarnya cucur ni mak kz selalu buat untuk minum petang,jika dia masak kari diwaktu tengaharinya.mungkin air tangan kot...cucur yg kz buat tak la selembut yg mak buat...tapi boleh la setakat nak makan....janji naik.....chewah...
Kita layan resepinya;

CUCUR KEMBUNG

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
5 ulas bawang merah,dimayang halus
sedikit garam
3/4 cawan air suam

CARA2NYA
Campurkan tepung.gula.garam dan bawang merah.Gaul dan ramas bawang sehingga rata.Masukan air sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan tangan.tambahkan sedikit lagi air jika adunan masih lagi terlalu pekat.perap 3-4 jam .Panaskan minyak sehingga sedikit berasap.Jemput adunan dengan tangan.masukan adunan secara memanjang.Biarkan ia naik,baru balik2an.biar sampai kekuningan baru diangkat.Sedap dicicah bersama kari dan sambal.
Selamat mencuba!

Friday, October 21, 2011

SAPRAH


Saprah ni Kz buat untuk Puan Fatimah,kenalan kwn Kz.Tapi Kz lupa pula nak ambil gambar saprah yg dah siap.insyaallah lain kali Kz tunjukan.Sebenarnya jahitan sulam ni dibuat oleh mesin berkomputer "JANOME'.Macam2 paten sulaman boleh dibuat.Cuma Kz tak berkesempatan lagi untuk mengambil tempahan .Tetapi kepada sesiapa yg berminat untuk menempah boleh menghubungi Kz...kawan Kz sedia menerima tempahan...

Monday, October 17, 2011

KUIH PENERAM


Baru baru ni Kz buat kuih peneram.Selalunya kalau buat mesti menggunakan tepung beras yg betul2 "made in thailand".Sebabnya kalau tepung beras jenis lain mesti kurang menjadi sikit.Begitulah mengikut petua kakak ipar.Tapi kali ini saja Kz cuba2 guna tepung beras Malaysia lak...hehe...Tak sangka menjadi pula.seronoknya tak terkata..Nanti bila siNani balik ingat nak ajak dia buat.Buat sorang2 ni rasa kelamkabut sikit sebab kuihnya cepat hangit...rasanya kena 2 orang lagi elok kot,sorang canai adunan,sorang lagi goreng...terima kasih Kma kerana bg resepi ini....

KUIH PENERAM

Bhn2nya

3 cawan tepung beras cap teratai
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih(kurangkan sikit jika tidak suka manis)
1/2 cawan santan
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
sediikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara2nya
Masak gula bersama air .Masukan daun pandan.biar sampai guls larut.masukan santan,biar sampai mendidih.Tutup api.Tuang air gula kedalam adunan tepung.Kacau menggunakan senduk kayu.Biar sampai sebati.Adunan akan menjadi cair sedikit.Perap semalaman.Uli sedikit.Ambil adunan sebesar guli .leperkan diatas plastik atau daun pisang yg disapu sedikit minyak.Buat lubang menggunakan chopstik.Panaskan minyak,goreng hingga masak

Friday, September 30, 2011

KEK COKLAT KUKUS


Sudah lama Kz tidak membuat kek kukus ni. Baru2 ini Kak Mah minta buatkannya utk kenduri akad nikah anaknya pagi ni...Dia ckp anak2nya suka makan.Buat kek coklat ni lah yg Kz rasa teramat mudah.sesiapa pun Kz rasa boleh membuatnya.Ini resepinya

KEK COKLAT KUKUS
Bhn A-diayak
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 camca teh baking powder
1 canca teh soda bicarbonate

Bhn B-dipukul hingg gebu
2 cawan gula perang
4 biji telur (gred B)

Bhn C
1 cawan susu pekat
1 cawan mentega cair
1 cawan air panas
1 camca teh serbuk kopi segera-bancuh bersama sedikit air panas

Cara2nya
Masukan A kedalam B,kacau perlahan sampai sebati.Masukan C.Kacau rata.Lapiskan acuan dgn kertas minyak.masukan adunan,hentakkan sekali.Kukus selama 30-40min dgn api sedang.


Monday, September 26, 2011

KUIH QASIDAH



Petang semalam Kz buat kuih Qasidah..bawa dekat Kak Zon,dia suka sangat makan,maklumlah dia kurang sihat,hanya boleh makan benda2 lembut je,klu yg keras tu susah lah sikit nak telan..dah 3 tahun lebih dia macam tu..sedih betul!,terkena buatan orang.Dh bnyk tempat dia berubat,namun sehingga kini dia belum pulih sepenuhnya...

ni resepi KUIH QASIDAH tu;
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula
2 camca besar tepung jagung
5 cawan air
1/2 cawan santan
1 camca teh perasa jagung-jika suka
1/2 camca teh pewarna lemon yellow-jika suka
Bahan B

1/2 cawan bawang goreng(yg buat sendiri lebih sedap)

CARA2NYA
Satukan bahan A,tapis,kacau diatas api yg sederhana sampai berkilat.tuang didalam bekas,letakan bahan B bersama sedikit minyak gorengan bawang tadi.biar sejuk baru di potong.


Friday, August 5, 2011

ALAHAI KEK LAPIS

Lagi beberapa hari lagi Syawal akan melabuhkan tirainya...terasa macam baru sangat Kz bertungkus lumus menyiapkan tempahan utk hari raya tu.
Teringat lagi betapa kelamkabutnya Kz menyiapkannya,cuba sedaya upaya memenuhi permintaan pelanggan....memastikan pelanggan dapat menerima pada tarikh yg telah dijanjikan.Alhamdullilah semua berjalan dgn lancar.Walaupun begitu ada juga dikalangan pelanggan yg kurang berpuas hati kerana tempahan mereka Kz tak dapat tunaikan...ada yg nak menambah tempahan dan ramai juga yg menempah selepas tarikh tutup!!...maaf sesangat...
Kz juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada yg banyak membantu memasarkan kek lapis Kz,my sis,Fizah,anak buah..Naela,Syakir,Aten n Zainab,kwn2...Ana,Maheran,Ton,Aza,Farah dan Ita serta member2 Ita yg Kz tak ingat nama mereka. Tak lupa juga pada pelanggan2 setia Kz....Tanpa kalian Kz tak mungkin dapat memasarkannya sebanyak ini....Terima kasih bnyk..hanya Allah dapat membalas jasa kalian..
Untuk makluman,Kz akan menambah lagi beberapa perisa..antaranya LAPIS ALMOND N DATES,CHIPS N NUTS dan FRUIT N NUTS...Insyaallah dalam masa terdekat ini.

SELAMAT HARI RAYA,MAAF SEKIRANYA TERKASAR BAHASA DAN ADA APA2 YG MENYINGGUNG PERASAAN KALIAN..

Tuesday, August 2, 2011

AYAM MADU


Beberapa hari yg lepas Kz masak ayam madu ni..cuma tak berkesempatan nak N3 kat sini.
Anak2 Kz suka masakan ni.sedap juga dimakan bersama nasi tomato..Nanti bila Kz buat nasi tomato simple ..Kz bg resepi sekali.
Ni resepi ayam madu tu

RESEPI
4-5 ketul ayam-dibersihkan,letak garam .kunyit dan sedikit rempah kari dan digoreng separuh masak.

BAHAN TUMIS
5 ulas bawang putih-dimayang
3 ulas bawang merah-dimayang
1 labu bawang besar-dimesin
1 in halia- dimayang

BAHAN - BAHAN LAIN
2 camb cili kisar
2 camb sos cili
1 camb sos tomato
1 camb sos tiram
1 bj buah tomato,dicincang
2 camb gula
1 camb gula merah
3 camb madu
6 bj buah kurma-buang biji
1 batang kulit kayu manis
3 bj buah pelaga
4 camb minyak-utk menumis

CARA-CARANYA
  1. tumis bawang merah,putih,halia sampai naik bau.
  2. Masukan bawang besar yg dimesin, biarkan garing sedikit. Masukan cili,buah tomato dan sedikit air,kacau sampai pecah minyak. Masukan cili sos tomato sos dan sos tiram. Kemudian masukan kurma.
  3. Letak 1/2 cawan air, masukan ayam,tutup kuali, biar sampai mendidih. Letakkan kulit kayu manis,buah pelaga,gula.garam dan madu.
  4. Kecilkan api,biar sampai pecah minyak. Angkat. taburkan sedikit daun ketumbar . Hidangkan.

Wednesday, July 27, 2011

PAJERI TERUNG


Semalam masak pajeri terung.Ini antara resepi tradisional dari mak Kz.Sebabnya resepi dari mak ni warnanya agak gelap sedikit.Mari kita lihat apa rahsianya..ni resepinya

Bhn2
1 bj terung panjang
3 camb rempah kari daging
1 camt serbuk cili
2 camb kerisik
1 cawan santan
4 camb gula
garam
8-10 ekor udang hidup- sedang
1 senduk minyak untuk menumis

Bhn tumis
3 ulas bawang merah-dimayang
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 in halia dimayang
1 camb halba campur

Cara2nya
Panaskan minyak, tumis semua bahan tumis,biarkan garing sebentar.masukan rempah yg dibancuh bersama sedikit air dan dicampur bersama kerisik.kacau ,tambahkan sedikit air.biar sehingga garing.kecilkan api,masukan gula, kacau,biar sampai warna bertukar menjadi gelap(ikut kesukaan masing2,lagi lama akan bertambah gelap warna kuah itu,tapi awas,kacau selalu supaya kuah itu tidak hangit)-INI LAH RAHSIA WARNA KUAH PAJERI JADI GELAP.
Kemudian masukan udang, terung dan sedikit air.kecil.tutup periuk,biarkan terung empuk.masak dgn api sedang.bila terung empuk,masukan santan,biar sampai mendidih,perlahankan api,biar sampai pecah minyak.Angkat

Nota;blh juga digantikan dgn nenas @ rebung

Monday, July 25, 2011

KENANGAN LALU



Pagi semalam Kz menyediakan sarapan nasi minyak stail kampung .Mengimbau kenangan silam,Kz teringatkan kenangan dizaman kanak2 diawal tahun 70an dulu.Nasi minyak stail ni la yg merupakan menu utama ketika penduduk kg mengadakan kenduri.Kami kanak2 berebut2 mengambil kerak nasi minyak ni yg dmasak didalam kawah,dimakan pula bersama kuah kari......alangkah lazatnya pd waktu itu!

Zaman dh berubah...resepi pn terpaksa diubah suai utk memenuhi citarasa anak2 zaman sekarang.
Kz masak bersama sardin (homemade )masak asam dgn sambal sotong.Ni resepinya
NASI MINYAK
3 caw beras
4 caw air
bhn tumis
5 ulas bawang merah-dimayang
3 ulas bawang putih-dimayang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 in halia dimayang
4camb minyak
garam
2 helai daun pandan
1/2 cawan santan(ni Kz tambah)

Caranya,panaskan minyak,masukan daun pandan,biar sampai naik wangi,masukan kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga,biar sampai naik bau,baru masukan bawang merah dan putih serta halia.biar garing sedikit.masukan air.biar mendidih,baru masukan beras,kacau dan tutup periuk.biar sampai air kering.masukan santan(klu tak nak guna santan,gunakan 4 1/2 cwn air),kacau sekali.tutup periuk ,biarkan sampai masak.

HOMEMADE SARDIN-resepi ini pemberian KAK NA,kwn baik Kz.terima kasih bnyk
1 kg ikan sardin
4 cwn air
3bj tomato-blend bersama air
1 tin sedang tomato puri
1 senduk minyak
garam dan serbuk perasa jika suka

cara2nya.
masukan semua bahan kedalam periuk tekanan(pressure cooker).masak selama 1jam dgn api yg perlahan. jika masih lg kuahnya agak cair biarkan lg selama 5-10 min

Saturday, July 23, 2011

CAKOI SIMPLE





Ptg smlm dlm kelam kabut menyiapkan kek sempat gak Kz buat cakoi ni,sal mudah sgt..main masuk2 je...ni reseipinya




Bahan2nya
3 cawan tepung
1 1/4 cawan air suam
1 camb susu pekat
4 camb minyak
secubit garam
1 camb yis serbuk
5 camb gula halus


Cara2nya
Masukan susu pekat dan gula halus kedalam air suam,kacau.Letakan yis .biar sampai dia naik.Bila sudah cukup naik,kacau.Masukan kedalam adunan tepung yg bercampur minyak dan garam.Uli sampai jadi doh..Adunan akan menjadi  lembik sedikit.Tutup adunan .Biar 2-3 jam.Ambil sedikit adunan.tabur tepung,canaikan.potong dan goreng dalam minyak yg telah dipanaskan.Balik2kan dan angkat.

Thursday, July 21, 2011

PROJEK KEK LAPIS UTK RAYA




..sebahagian kek lapis yang dah siap..
Aa..projek kek lapis utk raya dah bermula!..sebetulnya sejak 2 minggu lepas Kz dah tak ambil tempahan biasa,cuma menghabiskan tempahan yg dibuat sebelum tu...sejak awal minggu lagi Kz dah mula membuat tempahan utk raya ni ,utk mengelakan kelamkabut disaat akhir....tak terpijak lantai dibuatnya Cik gayah kalau macam tu.kepada wakil2 penjual Cik gayah yg belum beri order tu,hujung minggu ni dah TUTUP order,cepat2 la sikit ek....
RESEPI...maaf sesangat sbb Kz tak dapat memberi resepi kek lapis yg Kz buat sekarang oleh kerana SIFU Kz masih menggunakan resepi ni utk mengajar..sensitiviti org lain pn kena jaga gak kan...
Demi tidak menghampakan semua,disini disertakan resepi istimewa yg Kz ambil dari blog seberang.biasa la Cgayah,modified sikit2..t/kasih kpd tuan punya resepi...sesungguhnya buat kek lapis bkn sesuatu yg payah...cuma agak sedikit leceh sikit je...tapi percaya lah selepas kek ini siap...anda pasti merasa kepuasannya..Untuk beginner Kz sarankan dapatkanlah buku Juraiza aka Nomie -asas membuat kek lapis,isinya senang utk di fahami...bukan nak promote,w/pun harganya cuma rm15 tapi kandungannya cukup padat dan mudah dipelajari bg org2 yg spt Cgayah ni...lmbt sikit nk pick-up..hehe.t/kasih Nomie,kerana memberi tunjuk ajar yg berguna...
KEK LAPIS LENGIT KEJU
(blh guna sebhg adunan jika baru mencuba)
20 kuning telur
10 putih telur
375 gula halus
300g butter
200g majerin
250g tepung hongkong
1/2 tin susu pekat
2camb kaya
1camb ovallette

BHN REMPAH
1 camb kayu manis-serbuk
1/2 camt serbuk pala
1/2 camt serbuk cengkih
1/2 camt serbuk buah pelaga
@ klu nak senang gunakan
2 camb serbuk rempah kuih yg siap ada dipasaran
200 g keju cheddar sebagai taburan

CARA2NYA
pukul telur bersama gula dan ovallette hingga gebu.masukan tepung beserta rempah kuih sedikit demi sedikit .pukul hingga sebati.ketepikan.Dlm bekas lain pukul mentega dan marjerin
bersama susu dan kaya hingga kembang,masukan kdlm adunan telur td.pukul perlahan hingga sebati.lapiskan acuan 8x8 in.ambil sesenduk adunan,ratakan,taburkan sedikit keju cheddar.bakar dgn api atas(suhu 220c),5-7 min @ sehingga perang.angkat,tekan menggunakan alat penekan,sapu majerin,ulangi step yg sama hingga habis.bakar semula menggunakan api bawah,suhu 150c selama 20 -25 min

nota;
1-lebih baik menggunakan oven yg kecil untuk mengelakan kek menjadi kering
2-jika mahukan perisa lain tukarlah rempah dgn apa2 perisa.dan setiap lapisan gantikan sapuan dgn jem @ susu pekat

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, July 20, 2011

2 DALAM 1


semalam buat tahu sumbat...kuah kacang tu sebelah petang makan lak dgn cucur nasi...
ni resepinya
KUAH KACANG
1 cawan kacang tanah-goreng je dlm minyak,mudah n cepat(ditumbuk kasar)
2 camb cili kisar-blh tambah jika sukakan pedas
2 camb cili sos
2 camb gula pasir
2 camb gula merah
1 camb cuka makan
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 1/2 cawan air
garam
2 camb minyak

CARA2NYA
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak,kacau rata.Panaskan minyak,masukan bahan yg dicampur,biarkan mendidih dgn api sedang sehingga pekat.angkat dan hidangkan


CUCUR NASI
1/2 cwn nasi sejuk
1 cawan tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
2 bj cili merah
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang besar-cincang kasar
1/2 cwn air
1 genggam taugeh
1/2 batang karot-diparut
1/2 cwn jagung
1 biji cili hijau-potong dadu
daun sup @ daun kucai
kunyit
garam dan gula
Cara2nya
kisar cili merah, ikan bilis,bawang besar bersama air.masukan nasi sejuk,kisar lagi,cukup dgn 2 x press je blender tu.keluarkan kedalam bekas,campurkan tepung dan bahan2 lain,gaul hingga sebati, goreng seperti jemput2

Tuesday, July 19, 2011

KUAH KACANG DAN TAUHU SUMBAT





KEK

ni resepi RED VELVET KEK,gambarnya dah post dulu dah...cik gayah ambil dari blog indon..terima kasih kpd tuan punya resepi
Bhn A
192 g tpg softtasilk
25g serbuk koko
1/2 camt garam
(ayak)
Bhn B
235g butter cair
200g gula halus
2 bj telur gred B
1 camt esen vanilla
2 camt pewarna merah

Bhn C
150 ml yogurt asli

Bhn D
1 camt cuka
1 camt baking soda
(disatukan)
CHEESE FROSTING
125 g cream cheese
50g butter
185g gula ising
235g whipping cream-pukul terlebih dahulu sehingga kembang
pukul cream cheese,butter dan gula ising hingga kembang,campurkan whipping cream,kacau hingga sebati(pukul perlahan)

CARA2
Sediakan bahan B,Pukul butter dgn gula halus sampai kembang.masuk telur sebiji2.masukan vanilla dan pewarna.masuk bhn A,campur bhn C kemudian D,masukan kedalam acuan dan bakar.
biar sejuk sapukan dgn cream frosting,hiaskan dgn buah2an jika suka

Monday, July 18, 2011

SEMANGAT BARU AZAM BARU

salam
azam baru ni.....nak luangkan sedikit masa nak update blog,betul gak kata anak2..cik gayah ni bukan sibuk sangat pun...hanya malas sikit...tak blh ni.cabaran ni..mulai tarikh ni,semangat biar berkobar2.jangan la hangat2 sekejap je..
hari ni nak share resepi APAM POLKADOT ,tak ingat la ambil dari blog mana.cik gayah dah ubah suai sikit2,apa2 pun terima kasih banyak kpd tuan punya resepi
APAM POLKADOT
3 biji telur gred B
200g gula castor
275g tepung softasilk(supersoft)
2 camca teh baking powder (D/Action)
1 camca besar ovallette
140 g susu segar(blh dicampur dgn ice-cream soda)
1 camca teh gliserin
pewarna(ikut suka)
1 camca teh esen vanilla
inti(jem blueberry@peanut butter @inti kelapa cam inti ketayap)
Cara2nya
Telur,gula,ovallette,gliserin dipukul hingga kembang,masukan tepung(campurkan dgn b/powder-diayak)sedikit2,pukul dan masukan susu berselang seli dgn tepung,esen vanilla.bahagikan beberapa bhg.masukan pewarna.ambil sedikit menggunakan sudu kecil,masukan kedalam paper-cup yg diletakan dlm cawan lompang.paipkan dot2 dgn pewarna lain.Kukus menggunakan api sederhana utk mengelakan dari merekah selama 10 min.

Wednesday, July 13, 2011

APAM POLKADOT

RED VELVET CAKE




KEK LAPIS TERBARU 2011







DETAILS :
  • PRICE - RM16
  • SIZE - 8inch X 2inch

BISKUT RAYA 2011

HAZELNUT SPREAD - RM22


SAMPERIT CHEESE - RM20


HAZELNUT BAR - RM22

BLACK WALNUT - RM22


PRETTY LADY - RM22


SUJI BRUNEI - RM20


OREO BLACK BEAUTY - RM22


GOLDEN RING - RM20


ARABIAN CHESTNUT - RM20


BISKUT CINA - RM18


FLOATY BOAT - RM22

TAT RANGUP - RM20


Wednesday, March 30, 2011

variety of cakes