Pages

Thursday, December 19, 2013

KEK CHOC BRUNEI





Tak habis2 cgayah dengan masakan dari brunei..hehe..bukannya apa..kuih muih dari negara minyak ni blh tahan sedapnya,kadang2 dibawa kesemenanjung ni,selalunya akan jd deboom..tgk je biskut suji brunei,kek cheese meleleh..semua nya asal dari sana
Biasa la,resepi ni cgayah cedok gak dari blog orang sana,tapi cgayah ada la ubah sikit2..not bad.
Silakan...
BAHAN2NYA
250 g butter,seeloknya butter cam tong itew..cgayag suka suki taram buttercup je
1 camb susu tepung -ni cgayah tambah..sal cgayah pakai butter cap baldi je..hehe..bukannya butter pun
5 biji telur
3/4 tin susu pekat
50 g horlicks
50g serbuk koko
180g tepung naik sendiri
100g kaya
1 camb paste choc
1 camt mocca paste
1 camt esen vanilla
1/2 cawan air panas

CARA2NYA
1-Pukul butter dgn susu hingga kembang.ketepikan
2-Dalam bekas lain,pukul telur sampai gebu-ketepikan
3-Satukan tepung,serbuk koko dan horlicks
4-Masukan dalam bekas berisi butter.
5-Kacau,masukan kaya,kacau perlahan
6-Masukan adunan telur sedikit demi sedikit sampai sebati
7-Tuang kedalam acuan yg dialas kertas baking-ingat,tak perlu disapu butter @ minyak
8-Kukus selama 30-45 min@ sehingga masak
9-Sejukan dan boleh dituang choc ganache dan taburkan kekacang dan cheese parut

RESEPI CHOC GANACHE
200g choc compound
1/2 cawan susu,dipanaskan
50g butter
CARA2NYA
panaskan choc guna double boiler,tutup api,masukan susu sambil dikacau guna whisk,masukan butter,kacau dan angkat.Siram keatas kek





FISH N CHIPS

Tak sempat cgayah nak buatkan dengan coselaw n sos tartar bagai,sbb nak makan malam je..lain kali nak buat banyak2 sos tu n simpan..sesuai dengan orangyg malas cam cgayah..
RESEPI DIA-Tepung ada 2 cara
BAHAN2NYA
1 paket ikat dory-cgayah beli jenama GIANT je..sebab dia juicy n manis...sedap dibanding dengan jenama lain
sedikit garam
ajinomoto
lada sulah
Gaul dan ketepikan
A-ADUNAN TEPUNG
1 paket tepung-jenama gogi
1 camt serbuk lada sulah
1 camt serbuk cili
1/2 camt serbuk kari
1/2 camt serbuk secukup rasa knorr
1/2 camt garam masala-blh didapati dikedai menjual rempah
gula
ajinomoto-jika suka
B-2 biji telur..pukul
C-serbuk roti...kuning dan putih

CARA2NYA
Gaul ikan didalam bahan A,kemudian celup dalam B,baru golekkan dalam C.Atur dalam bekas yg dialas plastik,buat sampai habis.Masukkan dalam freezer sekurang2 1 jam
Goreng dalam minyak yg panas dengan api yang kuat selama 3min,lepas itu perlahankan sedikit api seperti biasa..goreng hingga kekuningan dan nampak garing.Angkat dan toskan.

SOS TARTAR
1/2 labu bawang bombay,dicincang halus
1 biji telur rebus,yg kuning sahaja-dicincang
1 biji jeruk gherkin-ada dijual disupermarket-dicincang
1 bj jeru carpers-dicincang
daun parsley-dicincang
mayonis
Gaul semua
p/s,pakai sos thousand island pn blh..campur dgn bwg,telur n daun parsley segar..







CEKODOK DURIAN

Waa..durian yg difrozenkan banyak lagi stock tu..hari tu stop makan jap sebab cekonet cgayah pantang..ni dah ok..mula lah cgayah korek balik,..pcik kasim kecoh nak beli je bila lalu tepi orang jual durian..cgayah pulak x semena2 jadi baik..astaghfar bnyak2 pcik kasim oii..yg 1 bekas kat rumah tu sapa la nak telan..xkan nak pindah..nak angkut sekali kot..Tu pon cgayah dh bagi2..separuh buat lempuk,separuh bawa balik kg,separuh lagi bagi kt adik cgayah yg comel itew..syok x terkira dia..boleh 3 x buat makan.kata dia...klu x 3 bekas yg besar2 berkampung lam chest freezer tu..lawak cgayah n pckasim..waktu borong x hengat..
Lama x buat cekodok ni rasa sedap la pulak..makin BAABB2  la cgayah..asyik sapu manis n berlemak je..huhu
Nak buat dia senang je..rasanya semua terer nak buat..Apa2 pun kita tengok la..versi cgayah lak..
BAHAN2
2 cawan tepung
1/2 cawan isi durian..hari tu cgayah taram sampai 1 cawan..maklum..kiranya mewah durian itew..
1/4 cawan gula
1 paket santan serbuk-boleh ditukar guna santan pekat 1/2 cawan.cgayah suka guna santan serbuk sbb bau dia wangi n kuih jadi ala2 cekodok adabi gituuu.
garam
1 cawan air suam.klu guna santan kurangkan jadi 1/2 cawan

CARA2NYA
Satukan semua bahan,masukan air sedikit demi sedikit dan adun perlahan gaya menguli..ini membuatkan adunan tadi akan mengeluarkan bebola kecil,jadi cantik bulat bila menggoreng dan lembut rasanya.
Adunan sampai gula rasa hancur.Perap sekurang2nya 3 jam,baru menggoreng..
Sedap tau panas2..ganding dengan teh  O panas..


KOSUI BRUNEI

Sorry2..gambar ni nampak blur sikit,cgayah x perasan...insyaallah klu cgayah buat lain kali ,cgayah tukar gambar ye.
Ni, stok2 x sabar nak kongsi resepi,resepi ni cgayah sekodeng dari blog orang brunei,terima kasih n mintak halalkan ye kepada penyumbang resepi..rasanya sangat sedap..lembut dantidak terlalu liat,,Khas untuk sahabat cgayah itew..blh la guna resepi ni untuk jualan..moga dimurahkan rezeki..
BAHAN2NYA
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 camb tepung pulut
2 cwn gula merah-cgayah guna 1 1/2 cawan je
1 cawan gula-cgayah guna 3/4 cawan je
6 cawan air,-lebihkan sedikit air klu nampak berketul ketika megacau diatas api
sedikit air kapur
CARA2NYA
Kacau adunan diatas api sederhana hingga agak2 pekat.Curahkan adunan kedalam loyang,kukus hingga masak..anggaran 15-20 min


DONUT GEBUSS

Cgayah rasa sedikit sedih bila kadang2 terbeli kuih donut ni...aduhai,tersangat la keras ..kadang2 liat pulak tu..akhirnya buang begitu saja..nak buat camne,,cekonet cgayah x nak makan..kadang2 terlintas dihati nak pergi kasi je resepi yg sebetulnya..tapi,manusia ni bukan semua bersikap positif..kadang2 ego terlebih sikit...cgayah tak pandai pun,cuma cgayah suka mengambil petua2 daripada orang yg lebih berpengalaman dari kita dan suka mencuba..jadi ke x belakang cerita..hehe.cuma satu yg harus kita beringat...jangan sesekali kita terjah nak minta resepi dengan seseorang..bukan semua dengan rela hati memberi percuma je..maklumlah zaman la ni semua berbayar..mungkin resepi tu hasil dia belajar dengan mengeluarkan modal...Teringat anak buah cgayah..dia post roti yg dibuat utk jualan..mmg gebusss..berduyun org comment mintak resepi...aduhai..fikir la sikit,orang tu buat untuk jualan,dah tentu dia belajar menggunakan modal untuk mendapat roti secantik itu..manusia oh manusia...semua nak free..Apa kata kita mulakan dengan memujinya..cantik @ sedap makanan ni..kat mana belajar?..klu dia bagitau itu hasil ciptaan sendiri..blh la kita berkata..boleh kita belajar..x kisah caj berapa pun..jika dia berkata ikhlas je memberi..terimalah ia dengan penuh rasa syukur..berterimakasih lah,berdoalah yg baik2 untuknya dan jangan lupa mintak halalkan ilmu yg diberi....
Yuk,jom kita cuba resepi donut ni lak..
BAHAN2
500g tepung gandum-lagi cantik klu menggunakan 450g tepung gandum dicampur dgn 50 g tepung roti
20g yeast segera-ini juga petua untuk tidak perlu menggunakan sebarang pelembut...selalu orang gunakan dlm 10g saja..mana2 kuih yg menggunakan yeast,jgn takut untuk menggandakan sukatan dan tak perlu lagi mengambil improver n softener
2 camb serbuk kentang @1 biji kentang yg kecil..direbus dan dilecek;serbuk kentang boleh didapati dikedai bakeri
4 camb susu pekat
1 3/4 cawan air suam-mengikut kesesuaian tepung..kadang2 perlu tambah sedikit lagi air
1 biji kuning telur
2 camb gula halus
1 camt baking powder
5 camb majerin-dicairkan
secubit garam

CARANYA
Masukan air didalam satu bekas,masukan susu,gula,kacau,masukan yeast,biar sekejap.Bila nampak yeast naik,kacau ,masukan telur,majerin cair,kacau.Masukan kedalam tepung,sedikit2, sampai jadi doh.Seharusnya doh agak lembut sedikit.Jika nampak sedikit keras, tambahkan sedikit,uli sampai  ia melekat sikit2 ditangan..Itu menunjukan doh tu sangat cantik.
Taburkan sedikit tepung didalam bekas besar,masukan doh,taburkan sedikit tepung,tutup,biarkan selama 1/2 jam.Tumbukan adunan,taburkan sedikit tepung,canai dan terap guna acuan,letakan kuih diatas dulang yg dilapik plastik dan ditaburkan sedikit tepung,biar selama 15 min.seeloknya diletak didalam oven @didalam bekas yg bertutup.
Panaskan minyak,seeloknya biar kuih sedikit tenggelam,biar ia naik,sambil disimbah minyak,menggunakan senduk.ini mempercepatkan proses naik dan menjadi licin n cantik.Angkat bila nampak kekuningan
P/S..proses dari memerap hingga mencanai menggunakan banyak tepung untuk ditabur..sebab tu la adunan WAJIB sedikit lembut dan melekat ditangan..klu buat aduan dah sedia licin..ini lah penyebab mengundang donat jadi keras n boleh baling dinding...ini petua orang yg berpengalaman la..bukan petua cgayah..cgayah cuma menyampaikan...
Semoga memberi manafaat ..insyaallah

Friday, November 15, 2013

KEK TAPAK KUDA

Alhamdullilah,jadi gak cgayah buat kek yang agak fofular ni..bila siap je ..x sabar2 nak rasa....aaahhh..speechless..sedap
Mai kita kongsi resepi dia..yg dalam gambar ni cgayah buat lebihan adunan kek lapis..not bad..
Adunan  yg betul pun cgayah dok buat..cuma lupa nak ambil gambar..lupa lak..
Layan je resepi dia..

BAHAN2NYA
3 biji kuning telur
2 biji putih telur
1/2 camt baking powder
100g gula castor
55 g tepung softasilk
1 camt esen vanilla
1/2 camb choc emulco
70g  butter cair
1/4 camt ovallete
1 camt serbuk koko

CARA2NYA
1-Panaskan oven selama 15 min,suhu 180*c,api atas bawah
2-Satukan semua kecuali serbuk koko dan choc emulco.Pukul perlahan sehingga sebati.Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga gebu.
3-Ambil 4 camb adunan,masukan serbuk koko dan choc emulco.Ketepikan
4-Lengserkan acuan 9x9 in yg dialas kertas minyak.
5-Masukan adunan choc.ratakan
6-Ambil adunan putih,masukan didalam  piping bag,potong dihujung,buat jaluran rapat diatas adunan choc.
7-Ratakan  perlahan dengan menggunakan belakang sudu sehingga rata
8-Bakar 15 min @ sehingga perang
9-Sejukan.Terbalikan.Sapu nuttella hingga rata
10-Lipat dua perlahan2,berhati2, jangan sampai patah.
11-Balut dengan plastik wrap,simpan didalam peti sejuk sebelum dipotong



Thursday, November 14, 2013

NASI DAGANG

Lama sangat rasanya cgayah tak buat nasi dagang ni..Hari tu dalam perjalanan balik dari Terengganu,singgah dekat Bukit Bunga tu,beli la beras ni..
Meh kita tengok resepi dia..ni kira versi cgayah la

BAHAN2NYA
UNTUK NASI
1/2 kg beras nasi dagang..rendam semalaman
1 1/2 cawan santan
1 cm halia-dihiris halus
Halba
5 ulas bawang merah-dimayang halus

CARA2NYA
1-Kukus beras selama 1/2 jam @separuh masak
2-Alihkan kedalam bekas lain,masukan halia,bawang,halba dan santan
3-Masukan balik kedalam kukusan,kukus semula selama 15 min @ hingga masak.percikan sedikit air kalau sekiranya masih keras @ belum masak.

UNTUK GULAI
1 ekor ikan tenggiri yang sedang-potong
1 paket rempah nasi dagang
1 cm lengkuas-ketuk
5 ulas bawang merah-tumbuk kasar
1/2 cm halia.ketuk
3 mangkuk santan,diambil dari sebiji kelapa
1/2 camt lada hitam-ditumbuk halus
2 camb cili giling
2 cm kunyit,ditumbuk halus
garam dan gula
cili merah dan cili hijau.potong 4
asam keping,2 keping

CARA2NYA
1-Masukan santan dan semua bahan diatas kecuali ikan.Masak dengan api yg perlahan sehingga pecah minyak.
2-Masukan ikan dan asam keping,biar lagidalam 7-10 min
3-Masukan cili potong,kacau dan angkat

UNTUK SAMBAL KELAPA
3-4 ekor ikan sardin,direbus@ kukus
1/2 biji kelapa parut,disangrai sehingga agak keperangan
2 batang serai,dihiris halus
5 ulas bawang merah-dimayang halus
1/2 cm lengkuas,ditumbuk halus
1/2 cm halia,ditumbuk halus
1 camt lada hitam,ditumbuk halus
garam dan gula

CARA2NYA
1-Asingkan isi ikan dari tulang
2-Tumbuk bersama kelapa,bawang,lengkuas,halia dan serai dan lada hitam
3-Perisakan dengan gula dan garam

HIDANGAN SAMPINGAN
Jelatah,





Saturday, October 26, 2013

LOMPANG PANDAN

Resepi ni rasanya  sesuai dengan tekak cgayah..

BAHAN2NYA
250 g tepung beras
220 g gula
100g tepung ubi
 700 ml air
5 helai daun pandan,kisar dengan 300 ml air,tapiskan
sedikit pewarna hijau
2 camb air kapur

kelapa parut

CARA2NYA
1-Satukan semua bahan
2-Pukul menggunakan whisk,agar tidak berketul
3-Kacau sekejap diatas api sampai naik wap
4-Panaskan kukusan dan acuan
5-Masukan adunan,kukus 7-10 min @hingga masak
6-Sejukan,keluar dari acuan,gaul dengan kelapa parut




LEMPENG KELAPA

Sedap gak...resepi cilok dari majalah RASA
Orang bujang pun boleh buat..cicah ngan sambal ikan bilis..wallak.tapi lupa lak cgayah nak ambik gambar sekali..
Ni resipi dia
200g tepung gandum
100g kelapa parut..klu boleh yg muda2 sikit
100 ml santan
200ml air
garam
1 camb gula-jika suka
minyak untuk melengser

CARA2NYA
1-Satukan semua bahan
2-Panaskan kuali leper
3-Lengserkan sedikit minyak
4-Tuangkan sesenduk adunan,ratakan,tutup
5-Bila nampak garing,alih kesebelah bahagian lagi
6-Angkat


Thursday, October 24, 2013

CLASSIC MARBLE CHOC CAKE

Waah ..lama x makan kek marble..sementalah  ada yg  nak oder untuk raya haji hari tu..tp cgayah modified la ckit..maklum la klu buat stail dolu2 tu..ari ke 2 dah mula la nk keras sedikit..mai kita jenguk2 resepinya..

BAHAN2
Bahan A
180g tepung softasilk
1 camt b/powder-royal(tin merah)
25 g susu tepung
20 g tepung jagung
5 bj telur-asingkan kuning dan putih
1 camt esen vanilla
170 g gula halus
250 g  majerin planta

Bahan B
50g cooking choc-cairkan
1camt choc paste
20g serbuk koko


CARA2NYA
1-Satukan semua tepung,susu dan baking powder,ayak dan ketepikan
2-Pukul putih telur sampai gebu..jika diterbalikkan tidak jatuh,ketepikan
3-Didalam bekas yg berasingan,pukul majerin dan gula sampai gebu(putih).
4-Masukan kuning telur sebiji2 sambil terus memukul
5-Masukan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan.
6-Dengan menggunakan spatula,masukan putih telur,kacau perlahan hingga sebati.
7-Ambil 3 senduk adunan,masukan bahan B
8-Lenserkan acuan,alas kertas minyak.Bahagi 3 adunan plain,letakan 1 bahagian,ratakan,tompokan dgn sudu adunan choc.masuk bahagian ke2,tompokan sedikit adunan choc,letak adunan biasa,tompokan lagi adunan choc.
9-Ambil lidi satay,buat seperti lingkaran no 8
10-Bakar dengan api bawah 170*c..45 min,tukar api atas bawah 15min @sehingga masak




Tuesday, September 24, 2013

CONGO BAR

Biasalah cgayah..klu org sibuk2 dgn resepi baru..cgayah pun sibuk la nak try resepi..klu rasa sedap, cgayah nak intai2 kelas lak...
Intai punya intai.. terjumpa la resepi ni..apa lagi cgayah pun merajinkan diri la..walau pun sekarang dah tak ada sapa yg tukang menghabiskannya..
Rasanya..sedap gak,diantara brownies n biskut..sesuai rasanya nak buat door gift @ untuk jamuan birthday..

 Meh kita cuba resepinya...

BAHAN2NYA
3/4 cawan butter
2 cawan brown sugar
3 bj telur-B
1 camt vanilla
1 camt kulit orange diparut-jika suka
2 cawan choc chip
1/4 cawan kelapa kering-disangrai sampai agak keperangan-jika suka
1/4 camt garam
2 1/4 cawan tepung
2 camt b/powder
3/4 cawan kekacang cincang;etc walnut,badam,gajus @apa saja jenis kekacang

CARA2NYA
Panas oven 175*c.Pukul butter,brown sugar,telur,vanilla.orange peel dan garam sampai gebu.Tambah tepung dan baking powder,pukul perlahan sampai sebati.Masukan choc chip dan kekacang.Letak didalam acuan yg telah dilapis kertas dan disapu butter.Bakar api atas n bawah 20-25 min @ sampai masak.Potng bila sejuk.2x2 in

P/S..boleh tambah 1 caw sos butterscotch dan 1/2 cawan kepingan choc jika suka




Friday, September 20, 2013

GANU KITE

Diatas jemputan anak buah untuk kemajlis perkahwinan anaknya diCHALOK SETIU kami sekeluarga gagahi juga untuk memenuhinya..main redah saja..semput gak la  cgayah jadi co-pilot.mana nak tengok sigboard,mana nak pandang GPS lagi..aduhai..camnilah kalau kita x tau tempat ni..ALhamdullillah dgn  berpandukan GPS sampai gak kami keChalet..nak pergi rumah diorang ..esok punya cerita..nasib baik..Disebabkan pergi untuk tujuan lain..tak adalah cgayah nak bershopping bagai..cuma beli sedikit keropok je..tapi rugi gak cgayah..beriya2 sangat la pergi beli dekat kg losong yg terkenal seantario keenakan keropoknya yg istimewa itew..rupa2nya hanya boleh diucapkan..emm..boleh la..Selepas diberitahu anak buah..kawasan yg  kami menginap tu la yg sebenarnya ;shurga keropok..MERANG..mmg sedap betul ,rugi cgayah....sal beli sikit..lupa cgayah nak ambil nama kedai tu..yg pasti..selepas chalet KEMBARA RESORT,sebelah kanan..Tentang makanan lak..harga dia tak la semurah dikelantan..sesuai dengan negeri minyak..lebih2 lagi diKuala Tengganu ..mencekik betul...dahsat! .Cuma ralat sikit tak dapat nak melawat perkampungan tamaddun islam..sal samapai waktu tengahari..panas sangat..Nanti lain kali nak pergi lagi la..nak borong keropok lekor..leh frozen n sedekahkan kan kat kawan2..insyaallah                           
                                             

Masjid kristal

rekomen dari penduduk tempatan,,dekat sini lebih sedap keropok losong



Dlm perjalanan balik ...iklan je lebih..call pn putus2..internet pn sama gak..hampeh

beratur panjang-berpeluh cgayah menunggu giliran nak beli keropok losong.
kat kg keropok dilosong...KEROPOK LOSONG ADIK BERADIK..



Bersama anak2 buah


sempat la menyinggah beli cempedak..sebiji rm4..


Wednesday, September 18, 2013

OPOR AYAM

Dah tinggal seketul,baru cgayah teringat nk ambik gambar..lupa sungguh..resepi cgayah ambil dari majalah RASA keluaran september,tapi cgayah olah balikguna sukatan sesedap tekak cgayah je..banyak lagi resepi yg cgayah nampak cam sedap.,bila cgayah cuba blh la post kat sini..Insyaallah..Cgayah suka la majalah RASA ni..resepi2 kebanyakan yg mudah dibuat...
 Rasanya.."not bad"..klu tak takan tinggal seketul je.Ni resepinya

BAHAN2NYA
5-6 ketul ayam ..(boleh juga guna daging..ari tu cgayah kahwin je daging ngan ayam..sal pcik kasim x suka ayam..)
2 camb kerisik
1 senduk bawang goreng,dimesin
1senduk tomato puri
1 biji tomato-cincang halus
1 labu sedang bawang besar..di dadu halus
1 1/2 mangkuk santan

BAHAN KISAR
4 camb cili kisar
1 camb ketumbar-ditumbuk halus
1 camt jintan manis-dtumbuk halus
1/2 in halia,dihiris halus
1/2 in halia
3 ulas bawang merah-mayang
1 batang serai
kisar semua bahan diatas
4 camb minyak

CARA2NYA
Perap ayam bersama bahan kisar serta bawang goreng dan kerisik kira 1 jam.
Panaskan minyak, Tumis bawang yg dimayang sampai naik bau.Masukan tomato hiris dan tomato puri.Kacau rata.Biarkan sampai naik bau. Masukan ayam.balik2kan ,masukan santan,garam dan gula.Masak hingga pekat dan naik minyak.ANGKAT
                                                                       





Friday, June 21, 2013

BISKUT RAYA-2013-SAMBUNGAN

Yg ni ketinggalan LRT..hehe..ada org request biskut almond london..cgayah ubahsuai sikit2...jadilah LONDON BRIDGE..rasanya berlainan sedikit dari almond london,,sangat rangup...
 
CALLING2..TARIKH TUTUP ORDER UNTUK HARI RAYA BAGI KEK DAN BISKUT PADA 1 JULAI 2013...selamat memilih mana yg anda rasa jatuh CHENTA..

Sunday, June 9, 2013

KEK LAPIS RAYA 2013

LAI LAI
ORDER UNTUK RAYA...JOM
8 IN X 2 IN
RM17

                                                         WATERMELON CHEESE




ALMOND PISTACHIO


STRAWBERRY CHOC 


CHOC CHEESE



ALMOND N DATES


PEPPERMINT CHOC


RAISIN N B/CURRANT WITH  CASHEWNUTS


PEANUT BUTTERSCOTCH


MIXFRUITS N WALNUT


ASAM MANIS


HAZELNUT PRUNE

Saturday, June 8, 2013

BISKUT RAYA 2013

Selamat menjamu mata..
Nak rasa kena calling2 kz
Kuantiti antara 50-70 biji mengikut berat

                                                     MIX DROPS(RM22)
                 

                                                BROWNIES COOKIES(RM 24)

                                                      NASTAR RANGUP(RM24)


                                                      PECAN TUSCANY(rm24)
                                               
                 
                                                PISTACHIO GARDEN(RM24)
   

                                                   CASHEWNUT SUGEE(RM24)


                                         ALMOND OAT DIARIES(RM24)

                             
                                                       HAZELNUT STICK(24)


                                                             LAMINGTON(24)


                                                     BAKLAVA COOKIES(RM24)


                                                       SAMPRET CHEESE(RM22)


                                                 TAIWANESE TART(RM24)














Sunday, May 26, 2013

CARAMEL AKA BUTTERSCOTCH POPCORN

Yg ni x payah la cgayah nk tulis2 resepi..sal cgayah transform dari kerepek  pisang..cara yg sama..cuma sukatan tu hanya utk 1/2 paket biji jagung yg dibeli dipasaraya..cuma pilihkan yg organic...sssh,yg import tu lebih sedap sikit..maaf ye..produk 1 malaysia..jagung import ni bentuknya lain sikit..bujur2 itew..rasanya lebih lemak u..
Cara2 nk buat pop corn dah cgayah dh post ...cuma cara nk salut caramel je ikut cara nak buat kerepek pisang...cam makan kt panggung la..itu kata rakyat2 cgayh..

Friday, May 24, 2013

KEREPEK PISANG BUTTERSCOTCH

Mula2 dapat pisang yg diberi kawan ,terfikir juga cgayah macamana nk menghabiskan sampai 3 sikat tu..besar2 pula ...Dan selepas 3  hari  masih tak masak, minda cgayah pun terbuka lah pulak...Apa kata...
Dh dapat...langsung cgayah ambik pemarut..dush2,selesai 1 sikat..cepat gak ek,tak la susah sangat nak buat...nasib baik ujan tak turun..maklum la seingat cgayah..tak pernah langsung terlintas nak buat..Diwaktu cgayah dizaman muda belia dulu..time tu cgayah rajin bab2 nk buat kerepek2 jajan ni..kerepek bawang yg agak susah tu pun cgayah tenyeh..Apasal kerepek pisang yg senang ni cgayah tak hengat nk buat,padahal pisang berlambak2 kat belakang rumah....
Aahh,lupakan la bab tu...barang yg lepas,jangan dikenang...
Tapi,lepas cgayah goreng dan dijadikan kerepek bodo tu,cgayah simpan dulu,bukan pasai apa,idea cgayah x sampai2,nk buat apa dgn kerepek pisang bodo tu,takan nak gaul garam je..idea tadika tu...cgayah nak la up sikit...cgayah pn ambil la sikit,tambahkan serbuk lada hitam,sedikit gula serbuk dan garam...ok la...
Esoknya baru cgayah teringat nk buat versi ni..idea sekolah rendah..hehe..Jom layan!

BAHAN2

1 sikat pisang(10-12 bj pisang)
garam
air kapur
minyak utk menggoreng.pastikan pisang tenggelam ketika  menggoreng.

CARA2NYA
Goreng pisang sehingga garing.Ketepikan

BAHAN UNTUK SOS

1 cawan gula perang
4 camb butter
2 camb madu
1 camb whipping cream @ 2  camb susu segar
bijan
apa saja jenis kekacang hancur,cgayah pakai kacang tanah je

CARA2NYA
Panaskan butter,masukan gula perang,whipping cream ,kacau hingga jadi caramel,masukan madu,garam,kacau.Tutup api.masukan pisang,kacau hingga sebati.Isikan pisang tadi kedalam tray,masukan kedalam oven yg telah dipanaskan 150`C ,api atas bawah selama  15min,Keluarkan dan kacau,Taburkan bijan dan kacang hancur.Jika suka sos yg melekit dan agak basah,bolehlah dikeluarkan,jika suka pisang tu agak kering seperti macam yg cgayah buat ni..biarkan didalam oven lagi 10 min.Keluarkan dari oven,dan biarkan sejuk sebelum disimpan.

parut pisang didalam air yg berisi sedikit  garam dan air kapur.biar 15- 30 min

Saturday, May 11, 2013

KEK PRUNE MUDAH

Resepi ni kz ambil dari my resepi..cuma x ingat sapa penyumbang dia..sedap..yg penting cara nak buat sangat2 simple dan bahan2 dia x la bnyk sangat..Lupa cgayah nak bgtau rasa dia..diantara cupcake n muffin..lembut cam cupcake,sedap cam muffin..Tentang bekas..hentam je nk letak lam acuan @papercup..
Sebelum terlupa..jutaan terima kasih pada penyumbang resepi..

BAHAN2NYA
250g butter
160g gula
4 biji telur(B)
230g prune,cgayah guna 150g je..
150ml susu segar
230g tepung gandum
2 camt serbuk penaik,cgayah guna 1 camt b/powder d/action
1 camt soda bikarbonat
apa2 kekacang hancur utk taburan

CARA2NYA
1-Pukul  gula dan butter sampai gebu.
2-Masukan telur sebiji sebiji,pukul lagi
3-Susu segar di blend dengan prune...jangan terlalu hancur
4-Perlahankan mixer,masukan susu berselang seli dengan tepung.Buat sampai habis.
5-Matikan mixer,kacau adunan dengan spatula sampai sebati.
6-Masukan adunan kedalam acuan @ sendukan kedalam papercup...
7-Bakar 170*C,selama 45 min utk acuan @15-20 min klu dlm papercups
p/s..kalau dalam acuan biar api bawah dulu  30 min,kemudian api atas bawah..klu dalam papercup api atas bawah...
Cuba la..sbb sangat2  x merugikan..keberangkalian kek tidak menjadi tu amat2 tipis...INSYAALLAH!

Tuesday, May 7, 2013

APAM LENGGANG VS APAM BALIK





Mmm..ni cgayah buat transformasi sikit..selalunya kalau buat apam lenggang,mesti rakyat2 cgayah tu mintak buat kuah utk dicicah bersama apam tu..w/pun mudah je nak buat kuah,hanya letakkan  sedikit tepung beras,gula merah dan santan,dikacau sebentar diatas api..tapi kali ini malas pulak nak buat tu semua..boring la dok lama2 kat dapur..hehe..boleh ke cam tu..
Idea pn mai menderu2..tapi selepas ditapis..ceh..cam ada QC lak..cgayah pn pilih lah versi ni..mudah sangat,main campak sekali je..syok sungguh..
mai kita tengok idea merapu cgayah...

BAHAN2NYA
2 biji telur
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
1 paket mauripan(ragi kering)
1/2 camt baking soda
1/4 cawan gula
1/2 camt garam
1 camb minyak jagung-minyak apa2 pun boleh..cgayah guna minyak canola..
Bahan tabur
jagung tin-yg cream
gula
majerin/butter
kacang tanah

CARA2NYA
Satukan semua bahan,kisar dan tapis.Kalau agak pekat,tambahkan sedikit air.Adunan sama cam kuih dadar je..Perap 3-4 jam.
Panaskan kuali leper.sapukan dengan sedikit minyak,letak 1-2 senduk,buat seperti kuih dadar.tutup sebentar,agak2 separuh masak,taburkan kacang,1 camb jagung cream,sedikit butter dan taburkan sedikit gula.tutup sekejap.
Angkat dan boleh ngap..